Pemain pertahanan Thailand U22, Worawut Namvech menyatakan bahawa rakan-rakannya mampu untuk mengawal pergerakan N.Thanabalan apabila bertemu dalam saingan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 malam ini.
Pemain Sisaket FC itu berkata, pasuan Thailand pernah bertemu skuad Malaysia beberapa kali dimana N.Thanabalan gagal memberikan impak.
“Saya tidak risau mengenai pemain memakai jersi 12 kerana kami telah beberapa kali berjumpa dan berjaya mengawal pergerakannya dengan baik.”
“Kami telah bertemu Malaysia beberapa kali dan kami menewaskan Malaysia 3-0 bulan lepasa dalam kejohanan AFC U23 di Bangkok. N.Thanabalan juga beraksi dalma perlawanan itu, dan saya menghalang setiap pergerakannya”
“Saya begitu yakin mampu melakukannya sekali lagi dalam perlawanan akhir walaupun dia sudah popular selepas menjaringkan gol dalam kejohanan Sukan SEA”
Worawut juga menyatakan beliau lebih bimbang mengenai pemain Johor Darul Ta’zim, Safawi rasid yang memiliki rembatan yang padu serta kemahiran individu yang baik.
“Pada saya pemain jersi No.6 adalah lebih berbahaya berbanding No.12. Kami perlu memastikan dia tidak mempunyai ruang untuk melakukan rembatan.”