Penyerang skuad U22 Thailand, Sittichok Kannoo meramalkan pasukan Indonesia akan ‘lolos’ saingan akhir bola sepak Sukan SEA 2017. Beliau yakin skuad Indonesia mampu beraksi lebih baik dari pasukan tuan rumah,
“Indonesia jika dilihat dari prestasi semasa jauh lebih baik dari yang sebelum ini. Kami sudah bertemu mereka sebanyak 2 kali, dan kami merasakan sukar untuk mengatasi mereka.”
Kannoo juga memberitahu bahawa antara sebab lain yang beliau memilih pasukan Indonesia adalah kerana pertahanan Malaysia belum pernah mencatatkan ‘clean sheet’ sepanjang Sukan SEA 2017 dan ia jelas memberitahu gawang Malaysia lebih senang untuk dirobek lawan.
“Indonesia lebih baik dalam hal (pertahanan) ini. Malaysia berbeza jika dibandingkan dengan Indonesia yang sangat sukar untuk dibolosi”
Sittichok merupakan seorang produk akademi Buriram United kini beraksi bersama Thai Honda Ladkrabang secara pinjaman.
“Barisan pertahanan Malaysia longgar. Penyerang mereka pula tidak efektif terutama apabila berdepan lawan yang lebih kuat.”
“Kami pernah menewaskan mereka 3-0 dalam kejohanan AFC U23 bulan lalu. Dan anda juga dapat melihat bagaimana longgarnya pertahanan Malaysia”
” Ini adalah berbeza dengan pasukan Indonesia, yang kami rasakan adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini. Kami pernah bertemu dalam 2 perlawanan sebelum ini dan kedua-duanya seri.”
“Jadi saya memilih Indonesia untuk bertemu kami dalam perlawanan akhir, jika kami menewaskan Myanmar”
Sumber asal: Indonesian football team much better than Malaysia, says Thai striker