Sukan SEA Berita

FAT Terima 14 Juta Baht, Hadiah Kepada Skuad Bola Sepak Dan Futsal Thailand

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) dalam satu kenyataan melalui laman web rasmi mereka memberitahu bahawa, pihak pengurusan tertinggi FAT telah berjaya mengumpulkan hadiah wang tunai berjumlah 14 juta Baht dari beberapa syarikat swasta yang telah sudi memberikan sokongan kepada skuad bola sepak dan futsal Thailand di Sukan SEA Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan dari Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand, Samyos Pumpanmuang, mereka telah menghadiahkan 1 juta Baht kepada pasukan bola sepak lelaki apabila berjaya menewaskan Vietnam dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan berjaya layak ke separuh akhir sebagai juara kumpulan B.

Pada perlawanan separuh akhir petang ini juga, beliau menyatakan bahawa 1 juta Baht lagi bonus akan diberikan sebagai ganjaran untuk layak ke final.

FAT berjaya mengumpulkan 14 juta Baht ganjaran ini hasil sumbangan beberapa syarikat seperti dibawah:

  1. Charoen Pokphand Group berjumlah 5 juta Baht
  2. SCB – Siam Commercial Bank berjumlah 3 juta Baht
  3. Gulf Energy Group berjumlah 3 juta Baht
  4. Company Sport Limited berjumlah 1 juta Baht
  5. Plan B Media berjumlah 2 juta Baht

Selain itu, pihak FAT juga masih mengalu-alu kan semua pihak tidak kira agensi kerajaan ataupun swasta yang mahu memberikan sumbangan bagi menaikkan lagi moral skuad dibawah naungan FAT, boleh menghubungi butiran yang diberikan seperti yang ada dalam laman web rasmi mereka.

Semua hadiah kemenangan ini akan diberikan kepada pasukan bola sepak lelaki dan wanita termasuk skuad futsal lelaki dan wanita Thailand.