Sukan SEA

3 Pemain Malaysia Ini Mampu Musnahkan Impian Indonesia

Pertembungan ‘panas’ dijangka berlangsung malam ini di Stadium Shah Alam, apabila skuad Malaysia akan berentap dengan Indonesia pada peringkat separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2017.

Kemenangan keatas Malaysia jelas menjadi ‘harga mati’ bagi skuad dibawah kendalian Luis Milla ini untuk memenuhi sasaran pingat emas yang ditetapkan. Ia sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah apabila Malaysia, layak ke peringkat separuh akhir dengan rekod bersih tanpa kekalahan dalam kumpulan A.

Prestasi luar biasa skuad Dato’ Ong Kim Swee ini dilihat berpunca dari sumbangan optimal oleh 3 pemain utama yang menjadi perhatian skuad Indonesia menjelang perlawanan separuh akhir hari ini.

1) N. Thanabalan

N. Thanabalan merupakan pemain Malaysia yang paling menyinar sepanjang kempen Sukan SEA kali ini.

Penyerang berusia 22 tahun ini yang beraksi bersama pasukan Liga FAM, Felcra FC, berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyerang utama dengan 3 gol telah dijaringkan setakat ini.

Walaupun secara fizikalnya tidak berada dalam kategori ideal sebagai penyerang, bekas pemain dari skuad Piala Presiden Negeri Sembilan ini sangat ‘opportunist’ didepan gol.

Beliau juga merupakan salah seorang penjaring gol ketika Malaysia menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan kelayakan AFC U23 di Bangkok bulan lalu.

 

2) Matthew Davies

Jika selama ini penggunaan pemain berketuruanan Malaysia dirasakan kurang berkesan, namun lain kisahnya dengan Matthew Davies,

Selepas memutuskan untuk bermain bersama Malaysia pada 2015, bek kanan berusia 22 tahun ini terus menjadi pemain regular dalam pasukan kebangsaan Malaysia dan tidak terkecuali dalam skuad Sukan SEA 2017 ini.

Matthew Davies dilihat sudah menampakkan kematangannya pada usia yang cukup muda sehingga diberikan tugas selaku ketua pasukan Pahang.

Selain itu, beliau juga sangat selesa mengawal sisi kanan pertahanan Malaysia serta banyak terbabit dalam melancarkan serangan.

 

3) Safawi Rasid

Meskipun baru membuat debut dalam Sukan SEA, Safawi Rasid terus memberikan sumbangan yang maksimum kepada pasukan dan menjadi pemain tonggak dalam skuad kendalian Dato’ Ong Kim Swee.

2 gol telah dijaringkan oleh Safawi sepanjang perlawanan peringkat kumpulan dengan masing-masing ketika bertemu Brunei dan Myanmar. Gerakan serta larian beliau mampu untuk mengucar-kacirkan pertahann pasukan lawan dan perlu sentiasa diperhatikan.

Sebelum muncul dipentas antarabangsa, Safawi yang berusia 20 tahun ini telah membuktikan kualiti yang ada padanya dalam saingan domestik termasuk meraih kejuaraan Liga Super Malaysia bersama pasukan Johor Darul Ta’zim.

 

Sumber asal: Tiga Pemain Malaysia Yang Harus Diwaspadai Timnas Indonesia