Penjaga gol Chile, Claudio Bravo muncul wira ketika Chile mengalahkan Portugal menerusi sepakan penalti dalam perlawanan separuh akhir Piala Konfederasi FIFA 2017 di Kazan, Russia.
Bravo menyelamatkan ketiga-tiga sepakan penalti Portugal yang diambil oleh Ricardo Quaresma, João Moutinho dan Nani selepas terikat 120 minit tanpa gol di Kazan Arena, lalu membawa Chile ke final di St Petersburg, Ahad ini.
Penyokong Amerika Selatan menjadi yang pertama untuk menempah tempat mereka ke perlawanan akhir dan akan bertemu sama ada Jerman atau Mexico, yang bermain di Sochi pada malam ini.
Sepanjang 90 minit menyaksikan kedua-dua pasukan hampir menjaringkan gol pada minit keenam dan ketujuh, ketika Eduardo Vargas dan Andre Silva cuba menyudahkan beberapa peluang keemasan di depan pintu gol Chile dan Portugal.
Portugal menerapkan asakan yang berterusan sejak itu, walaupun Ronaldo tidak dapat bermain seperti biasa kerana kawalan pertahanan Chile yang ketat, La Roja sesekali membebaskan diri daripada serangan balas.
Separuh pertama berlangsung dengan tegang diantara kedua belah pihak dan sikap panas baran beberapa pemain menggangu perlawanan. Arturo Vidal, pemain tengah Chile menghadapi masalah apabila berhadapan dengan bentesan keras daripada pemain Portugal, William Carvalho dan kemudian Bruno Alves.
Bahagian kedua membawa lebih banyak tindakan tegang yang sama, dan Vargas hampir menjaringkan gol apabila aksi akrobatiknya ditepis dengan cemerlang oleh Rui Patricio. Nani dimasukkan pada minit ke-76 untuk menggantikan Andre Silva kerana Silva telah membawa kad kuning dan telah menjadi sasaran oleh pertahanan Chile.
Sembilan puluh minit tanpa henti bermakna perlawanan memasuki ke masa tambahan. Tandukan Sanchez mungkin peluang terbaik untuk mendapatkan gol pada babak pertama manakala satu minit dari masa di babak kedua, Arturo Vidal melepaskan tendangan kencang ke gawang.
Rui Patricio bersemangat menyelamatkan beberapa percubaan tetapi penjaga gawang Portugal ini tidak mampu untuk menepis sepakan penalti daripada Vidal, Charles Aranguiz dan Alexis Sanchez, yang memberikan kelebihan kepada Chile apabila mendahului 3-0 ketika Bravo muncul sebagai hero yang membuatkan para penyokong Portugal kecewa.