Luar Negara

Kelab divisyen 2 Jepun, Tokyo Verdy berminat dapatkan khidmat Totti

Legenda AS Roma dan Itali, Francesco Totti telah menarik minat  kelab divisyen 2 Jepun Tokyo Verdy, untuk mendapatkan khidmat pemain itu. Hal ini disahkan oleh jurucakap kelab tersebut.

Pasukan yang berpengkalan di Tokto itu telah membuat tawaran rasmi kepada pemenang Piala Dunia yang berusia 40 tahun, yang mengakhiri kerjayanya selama 25 tahun dengan Roma pada akhir musim.

Totti juga telah dikaitkan dengan pasukan Liga Bola Sepak Amerika Utara, Miami FC, yang dilatih oleh kawannya, Alessandro Nesta.

“Terdapat minat dari sisi Totti,” jurucakap Tokyo Verdy Yuya Kurabayashi dipetik  oleh AFP.

“Kelab sedang mencari cara untuk menaikkan jumlah wang yang diperlukan untuk menandatangani pemain itu.”

Laporan di Itali memetik Presiden Verdy Hideaki Hanyu  berkata Totti telah meminta wang perpindahan bernilai €3 juta, tetapi kelab itu enggan mendedahkan butir-butir mengenai tawaran yang mereka buat.

“Kami tidak kaya seperti kelab Vissel Kobe atau Urawa Reds, jadi kami tidak boleh hanya mengejar mana-mana pemain di pasaran,” kata Kurabayashi.

“Ia akan menjadi sukar, tetapi kami akan menerokai pilihan lain untuk menyelesaikan perjanjian itu.”

Walaupun kelab itu dikaitkan dengan Totti, pemain berusia 40 tahun itu masih boleh bersara dan ditawarkan jawatan pengarah teknikal oleh AS Roma.

Mengenai kelab Tokyo Verdy

Generated by IJG JPEG Library

Kelab bolasepak Tokyo Verdy ditubuhkan pada tahun 1969 dengan menggunakan nama Yomiuri FC. Tokyo Verdy merupakan kelab yang kaya dengan pelbagai kejayaan diperingkat domestik seperti Juara J-League sebanyak 2 kali, 5 kali juara Emperor Cup, 6 kali juara Piala J-League serta pernah merangkul kejuaraan di peringkat kelab-kelab Asia. Mereka juga merupakan antara kelab liga jepun yang paling berjaya dengan 25 kejuaraan.

Kelab ini berpengkalan di Tokyo dan menggunakan Stadium Ajinomoto sebagai stadium rasmi berkongsi dengan kelab FC Tokyo. Kelab ini juga dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dari Sepanyol, Miguel Angel Lotina yang pernah menjadi pengurus kelab La Liga, Real Sociedad dan Villareal CF.

Tokyo Verdy kini menghuni tangga ke 4 liga divisyen 2 Jepun di belakang Shanon Bellmare serta berada dalam kedudukan terbaik untuk layak ke saingan play-off untuk ke liga divisyen 1, J-League.