Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berjanji bahawa Kelantan akan menyelesaikan semua bayaran yang belum dijelaskan untuk memastikan penyertaan mereka dalam Liga Super Malaysia (MSL) musim depan.
Pentadbir liga, (FMLLP) telah memberikan masa sehingga 31 Oktober ini untuk menyelesaikan semua pampasan serta gaji pemain musim lalu dan masa kini, termasuk dana majikan dan cukai.
Kegagalan berbuat demikian sehingga pada tarikh akhir yang ditetapkan bermakna pasukan Kelantan tidak akan dibenarkan beraksi dalam Liga Super 2018.
Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan bahawa semua hutang akan dipastikan akan diselesaikan sebelum tarikh akhir seperti yang ditetapkan.
Katanya, ketika ini, KAFA akan mengambil dua pendekatan penyelesaian termasuk mencari satu kaedah tertentu bagi membayar tunggakan hutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Selain itu, kita akan mengatur jadual bayaran balik gaji pemain supaya hutang mereka dapat diselesaikan seperti mana dituntut FMLLP.”
“Tunggakan hutang pada KWSP sebanyak RM300,000 dan hutang agensi kerajaan kita sudah bincang. Saya bagi komitmen hutang pada 2016 dan kita akan ‘bereskan’,” katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Sambutan Aidilfitri di kediamannya di Sri Puri, Bukit Marak.
Kelantan sebelum ini dipotong enam mata kerana gagal melengkapkan pendaftaran MSL sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong dan Annuar Musa sendiri.
Annuar telah menjadi pengkritik aktif di media sosial selepas Kelantan dihukum potongan mata oleh FMLLP, lalu menuduh mereka dan Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai “memihak kepada kelab yang kaya”.
Kerana gagal membayar gaji pemain mereka tepat pada waktunya, FMLLP tidak membenarkan Kelantan untuk menandatangani pemain kelahiran Perancis-Senegal, L’Imam Seydi, yang dijangka menggantikan Alessandro Celin yang cedera.
https://www.facebook.com/footballmalaysiallp/posts/1496006250471875:0
Annuar masih menaruh harapan agar Imam boleh beraksi dalam saingan Liga Super dengan memakai jersi Kelantan.
“Kehadiran L’Imam sangat penting bagi kami untuk meningkatkan serangan skuad kami untuk baki perlawanan liga yang akan datang. Walau apa pun, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kami kekal dalam MSL,” katanya.
Kelantan ketika ini dibarisi pemain import pertahanan dari Gambia, Mamadou Danso, pemain tengah Senegal, Margaro Gomis dan penyerang Lubnan Abou Bark El Mel, yang menggantikan Mohammed Ghaddar, yang ditandatangani oleh Johor Darul Ta’zim bulan lepas.
The Red Warriors yang menduduki tangga kelima MSL selepas dipulangkan tiga mata, akan bertemu pasukan Sarawak apabila liga disambungkan semula pada hari Sabtu ini.
Mereka diundi berada di Group C dalam Piala Malaysia, bersama juara bertahan Kedah, Melaka United dan UiTM FC.