Skuad kebangsaan Arab Saudi enggan mengambil bahagian dalam acara bertafakur selama seminit untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa serangan London hujung minggu lalu pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Adelaide menentang Australia semalam. 11 pemain Australia berada di padang berbaris di bulatan tengah dengan tangan di atas bahu rakan sepasukan mereka apabila juruhebah stadium memanggil untuk bertafakur selama seminit untuk mendoakan mangsa serangan sabtu lalu di mana dua warga Australia adalah antara lapan orang yang terbunuh.
Walau bagaimanapun, lawan mereka dari Arab Saudi yang berlegar-legar berdiri berasingan, mencetuskan kemarahan dan kritikan warga Australia menurut laporan media British dan meninggalkan persoalan sama ada Arab Saudi sengaja tidak menghormati mangsa. Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) berkata pihak Arab Saudi tahu tentangnya dan bersetuju dengan rancangan untuk mengadakan tafakur selama seminit tetapi mereka enggan untuk mengambil bahagian dalam permainan bola sepak.
http://gty.im/693773470
FFA seterusnya telah dinasihatkan oleh pegawai pasukan Arab Saudi yang mengatakan tradisi ini tidak sesuai dengan budaya Arab dan mereka akan bergerak ke sebelah mereka di padang dan menghormati adat mereka di samping mengambil kedudukan sendiri di atas padang. Persekutuan bola sepak Arab mengeluarkan kenyataan berkata mereka amat kesal dan meminta maaf diatas kesalahan yang berlaku.
“Pemain tidak berniat apa-apa untuk tidak menghormati mangsa atau menyebabkan pihak keluarga mangsa kecewa, rakan-rakan mereka atau mana-mana individu yang terjejas dengan kekejaman itu,” kata kenyataan itu.
“Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi turut mengutuk semua tindakan keganasan dan ekstremisme dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.”
Biasanya, wakil FIFA akan bertemu dengan pegawai-pegawai daripada kedua-dua pasukan dan pengadil sehari sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia untuk membincangkan isu-isu dan protokol permainan, termasuk rancangan untuk bertafakur selama seminit.
Pada perlawanan semalam, Australia akhirnya menang 3-2, dan meninggalkan Arab Saudi pada 16 mata dalam kumpulan kelayakan mereka. Jepun juga mempunyai 16 mata tetapi mempunyai satu perlawanan dalam tangan.