Legenda Argentina, Diego Maradona meluahkan perasaan marah dan kecewa dengan tindakan China mewujudkan akademi bola sepak yang mengandungi namanya tanpa kebenaran. Bekas pemain Argentina itu menulis di laman facebooknya dan mengecam Qing Hui Tang, seorang ahli perniagaan dari China.
“Tidak lama lagi saya akan bertemu dengannya dan memberitahunya bahawa dia itu pembohong,” katanya dalam akaun Facebook beliau.
Ini bukan kali pertama Diego Maradona mengutuk penyalahgunaan namanya oleh syarikat-syarikat asing. Kes yang sama pernah berlaku melibatkan sebuah agensi permainan video pada suatu ketika dahulu. Maradona kecewa kerana syarikat-syarikat ini mengambil kesempatan untuk memperoleh keuntungan tinggi. Kehadiran akademi bolasepak yang tumbuh bagai cendawan di China dengan menggunakan nama bintang antarabangsa tanpa kebenaran mengundang kritikan pedas daripada peminat bolasepak di seluruh dunia.
“Saya mahu bercakap dengan Puan Qing Hui Tang. Saya menerima kehadiran anda baru-baru ini di Buenos Aires dan anda berbohong kepada saya. Anda memberitahu saya tentang pergi ke China, anda memberitahu saya tentang perjalanan aktiviti yang berbeza, tetapi mereka semua pembohong. Daripada audit yang kami jalankan, kami mendapati bahawa terdapat banyak “Maradona Academy” yang aktif di China. Terdapat juga pejabat komersial yang menggunakan nama saya, dimana saya tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.”
“Puan Qing Hui Tang berbohong kepada saya. Saya ingin menjelaskan kepada dunia bahawa akademi ini boleh membawa nama saya, tetapi apa yang mereka tidak akan ada ialah hasil kerja saya, serta dengan pengalaman saya sebagai pemain bola sepak selama 20 tahun. Terima kasih kepada kedutaan Argentina, saya akan melawat China untuk bertemu dengan Presiden Xi Jinping, yang merupakan seorang peminat bola sepak seperti kebanyakan daripada kita. Dan saya akan mempunyai peluang untuk bertemu ‘wanita’ ini, dari muka ke muka, di mana saya sendiri akan beritahu dia berapa banyak dia berbohong. Ucapan kepada semua Maradonianos, dan terima kasih di atas sokongan anda !”, luah Maradona melalui laman facebooknya.
https://www.facebook.com/DiegoMaradonaOficial/posts/1487614317956579:0