Luar Negara

Ketua Jurulatih Buriram United Digantung 3 Bulan Kerana Tampar Fisio Bangkok United

Ketua Jurulatih Buriram United, Ranko Popovic digantung selama 3 bulan kerana telah menyerang pihak lawan, menurut kemaskini dari Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin FAT selepas Popovic menampar pegawai Fisio Bangkok United, Andy Schillinger ketika perlawanan Thai League 1 baru baru ini.

Kejadian itu juga yang disaksikan oleh pegawai perlawanan ke 4, Nitipoom Kullabut, di dalam terowong Stadium I-Mobile, Buriram.

Selain dari hukuman penggantungan itu, Popovic juga dikenakan denda THB 40,000 / RM5,000 serta amaran keras.

Pihak Buriram United pula, melaluikenyataan yang dikeluarkan akan membuat rayuan kepada keputusan itu kerana kesan dari penggantungan tersebut, Popovic akan terlepas 9 perlawanan Thai League 1, termasuk 1 perlawnan bertemu musuh utama SCG Muangthong United pada 9 Julai 2017.

Buriram United pada ketika ini berkongsi 37 mata dengan pendahulu Thai League 1, Muangthong United, hanya dipisahkan oleh perbezaan gol.