Dalam sidang media menjelang perlawanan AFC Champions League 2017 – Play Off, ketua jurulatih Gamba Osaka – Kenta Hasegawa serta kapten Yasuhito Endo telah hadir untuk menjawab soaln-soalan dari pihak media yang diadakan di Suita City Football Stadium semalam.
Kenta Hasegawa: Perlawanan esok merupakan perlawanan rasmi pertama kami walaupun dengan kekangan masa latihan pra musim yang singkat, kami telah berjaya untuk mempersiapkan pasukan. Melihat kepada perlawanan ini, JDT merupakan sebuah pasukan yang baik dan esok kami menjangkakan satu perlawanan yang sukar. Walaubagaimanapun, kami akan mengerah seluruh kekuatan pasukan untuk menang perlawanan seterusnya layak ke peringkat kumpulan.
Yasuhito Endo: Seperti mana yang telah diberitahu oleh ketua jurulatih, disebabkan ini merupakan perlawanan rasmi pertama kami musim 2017, kami menjangkakan ia perlawanan yang sukar.Perlawanan ini berlangsung ditempat kami dan kami mensasarkan untuk layak ke peringkat kumpulan. Mulai dari wisel sepak mula dibunyikan, kami akan terus beraksi untuk mencapai satu keputusan yang berpihak kepada Gamba Osaka.
Soalan 1: Untuk perlawanan esok – perlawanan pertama musim 2017, permainan bagaimanakah yang mahu ditampilkan?
Yasuhito Endo: Saya akan memberikan seluruh kekuatan yang ada kepada pasukan dan walaupun tidak pasti bagaimana pendekatan lawan terhadap Gamba Osaka, saya akan cuba membaca aliran gerakan dalam perlawanan seterusnya berharap rakan sepasukan dapat membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang lain tanpa masalah.
Soalan 2: Apakah point penting dalam perlawanan esok?
Kenta Hasegawa: Saya merasakan proses bagaimana untuk membuat ‘build up play’ dalam 15 minit pertama adalah perkara paling penting disebabkan kami pertama kali bertemu diantara satu sama lain.
Soalan 3: Perlawanan pertama musim 2017, bagaimana keadaan pasukan sekarang?
Kenta Hasegawa: Pemain-pemain saya pun cukup memahami keadaan diawal musim dan mereka memberikan fokus kepada sesi latihan yang telah disediakan mulai tahun baru lagi. Apa yang boleh saya katakana sekarang, kami sudah berjaya mempersiapkan pasukan dalam keadaan yang terbaik.
Soalan 4: Dengan kekurangan maklumat berkenaan JDT, apakah ada analysis yang telah dilakukan ?
Kenta Hasegawa: Liga Super Malaysia 2017 sudah pun bermula dan saya ada melihat video perlawanan JDT. Semasa perlawanan kelayakan play off bertemu Bangkok United juga, saya telah mengkaji video perlawanan tersebut namun semuanya hanya rakaman. Sukar untuk meneliti secara lebih halus menggunakan video rakaman sahaja.
Namun, dari apa yang saya perhatikan, JDT merupakan sebuah pasukan yang cukup “organized”. Mereka juga ada melakukan beberapa pertukaran taktikal semasa perlawanan serta pemain-pemain yang mampu untuk menterjemahkan arahan dari jurulatih Benjamin Mora. Musim lalu JDT menjuarai Liga Super Malaysia tanpa kalah sebarang perlawanan dan kami mengambil serius perkara ini kerana ia mampu untuk ‘menyusahkan’ kami untuk mencapai kemenangan.
Yasuhito Endo: Seperti yang dikatakan oleh HC, saya telah menyampaikan perkara ini kepada pemain-pemain yang lain. Ada beberapa pemain yang kami sudah kenal pasti boleh menggerakkan ancaman dan kami tidak akan biarkan mereka bebas diatas padang.
Soalan 5: Apakah perkara yang jika Gamba Osaka boleh lakukan dalam perlawanan esok bagi menjana gerakan-gerakan untuk mengatasi lawan?
Kenta Hasegawa: Dibahagian pertahanan dan serangan – “connection” serta “team work”, apakah mampu diterjemahkan oleh pemain diatas padang akan menentukan segalanya. Saya juga ingin menegaskan oleh kerana ini perlawanan pertama kami, mungkin ada beberapa gerakan yang tidak menjadi. Oleh yang demikian, 15 minit pertama adalah kritikal untuk saya membuat keputusan mengekalkan taktikal atau tukar kepada yang lebih berkesan. Ini adalah point penting untuk saya.
Soalan 6: Menjelang musim baru AFC Champions League 2017, apakah komen berkenaan prestasi Gambsa Osaka musim lalu?
Yasuhito Endo: Musim 2016, kami boleh dikatakan tidak melakukan apa-apa yang istimewa dalam kempen AFC Champions League. Namun semua itu merupakan sejarah, dan kami mensasarkan untuk menjuarai AFC Champions League 2017!Sekarang, pemain-pemain lama serta yang baru menyertai kami berada dalam keadaan terbaik serta bermotivasi tinggi, dan kami berharap untuk mejadi juara Asia sekali lagi.