AFC Champions League

Gol Awal Adalah Kunci Dalam Pertemuan Dengan JDT – Shun Nagasawa

Pasukan Gamba Osaka baru sahaja menamatkan perlawanan pra musim mereka pada 3 Februari lalu, bertemu sebuah kelab J2 League – Kamatamare Sanuki. Dalam perlawanan itu, Shun Nagasawa yang telah beraksi selama 20 minit memberitahu, mereka memberikan fokus yang lebih kepada bahagian serangan terutama dalam mencari gandingan serasi bagi perlawanan musim baru dan cabaran AFC Champions League.

Lawan mereka dalam mereka dalam perlawanan rasmi pertama adalah juara Liga Super Malaysia – Johor Darul Ta’zim (JDT), dan Shun Nagasawa menyatakan mereka tidak pernah bertemu sebelum ini dan tidak mempunyai banyak maklumat mengenai pasukan JDT.

Namun, menurut Shun Nagasawa, selepas JDT melayakkan diri ke pusingan Play Off AFC Champions League apabila menewaskan Bangkok United minggu lalu, dia berharap rakan sepasukan akan lebih memberikan komitmen dan konsentrasi yang tinggi serta cuba mengelakkan sebarang kelalaian.

Katanya lagi, “Saya tidak boleh membayangkan bagaimana gaya permainan JDT, tetapi gol awal merupakan kunci utama, dan kami akan cuba mendapatkannya”.

Musim 2016, penyerang yang mempunyai ketinggian 192 cm ini telah beraksi dalam 21 perlawanan J1 League bersama Gamba Osaka, mencatatkan 1,152 minit masa bermain, mencetak 9 gol – berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Gamba Osaka bersama-sama pemain import muda dari Brazil, Ademilson