Luar Negara

Yokohama F Marinos Benam Suphanburi 4-0 Untuk Menjuarai J League Asia Challenge 2017

Edisi pertama J League Asia Challenge 2017 di Thailand ini telah melabuhkan tirai semalam dimana, kelab J League telah berjaya menjadi juara pertama apabila Yokohama F Marinos berjaya menewaskan Suphanburi FC 4-0. Dalam satu lagi perlawanan, Bangkok United menyejutkan naib juara Club World Cup (CWC) 2017, Kashima Antlers dengan keputusan 4-3.

Dengan keputusan ini, kelab dari J League berjaya mencatatkan 3 kemenangan berbanding 1 kepada kelab dari Thailand, seterusnya dinobatkan sebagai juara J League Asia Challenge 2017 yang pertama kali diadakan di Thailand ini.

 

Kejohanan ini akan diadakan sehingga 2019 – mengikut kontrak sekarang, dan akan diadakan secara giliran dingara-negara yang berstatus “J League Partner Nations”.

Video Perlawanan Bangkok United 4-3 Kashima Antlers

Video Perlawanan Yokohama F Marinos 4-0  Suphanburi FC