Liga Super Malaysia

[REVIU] Pulau Pinang FA 0-1 Perak TBG : Pulau Pinang Gagal Menguasai Perlawanan

Perak berjaya mencuri 3 mata setelah berjaya menjaringkan gol pada lewat masa permainan hasil tendangan Shahrul Saad yang baru sahaja masuk pada minit ke-75.
Apa yang berlaku sepanjang perlawanan? Bagaimana Perak berjaya menewaskan pertahanan Pulau Pinang yang diketuai Reinaldo Lobo dan Andy Russell?

Semua jawapan anda ada di dalam artikel ini! Artikel kali ini akan menceritakan apa yang terjadi sepanjang perlawanan, analisa perlawanan dan banyak lagi. Jadi, sudahkah anda bersedia? Mari kita selusuri laporan perlawanan kali ini!

SEKILAS PANDANG PERLAWANAN 90 MINIT

Pulau Pinang memulakan perlawanan dengan menggunakan hanya 3 pemain asing. Bermula perlahan, Perak banyak menguasai perlawanan hasil gerakan dari bahagian pertahanan. Gandingan Failee-Jafri gagal untuk membentuk unit serangan yang baik biarpun dibantu Kumaahran yang pantas di bahagian ‘flank’.

Nasir Basharuddin pula bermain dengan agak kurang memberangsangkan dan melakukan beberapa ‘error’ di separuh masa pertama. Kumaahran berjaya melakukan beberapa siri serangan balas hasil kesilapan Nasir namun berjaya dipatahkan pertahanan Perak.

Peluang terbaik Perak hadir pada awal 15 minit perlawanan hasil sepakan percuma Nazrin Nawi namun tendangannya gagal disambut Mirchev dan terus didakap Syed Adney manakala bagi Pulau Pinang pula, ia hadir melalui sepakan percuma Raffiudin yang terus ditepis keluar Hafizul Hakim.

Tamat separuh masa pertama, 0-0.

Separuh masa kedua bermula dengan Pulau Pinang melakukan beberapa siri serangan namun berjaya dihalang oleh barisan pemain Perak yang hampir kesemuanya turun unruk membantu serangan. Kerapkali juga, Pinto melakukan serangan balas di bahagian kiri ‘flank’ namun gagal menemui penyudahnya kerana bantuan lambat tiba.

Pulau Pinang mendapat kejutan apabila ketua jurulatih mereka, Ashley Westwood dibuang padang kerana mengganggu tugas pengadil.

Tanda-tanda jaringan bakal terhasil mula menyinar apabila beberapa gerakan melalui Nazrin dan Zaquan hampir menemui gawang gol tetapi kebanyakkannya dihalang oleh pertahanan dan Syed Adney. Akhirnya, Perak berjaya menjaringkan gol melalui satu hantaran ‘cutback’ daripada Zaquan dan Shahrul Saad yang masuk pada minit 75’ melakukan satu ‘placing’ke arah bertentangan dengan layangan badan Syed Adney.

Pulalu Pinang berjaya memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan melalui tendangan percuma Faiz Subri namun berjaya ditumbuk Hafizul dan bola itu membias terkena palang dan keluar semula daripada gawang gol Perak.

Tamat perlawanan, 0-1.

ANALISIS PERLAWANAN PULAU PINANG v PERAK

Pulau Pinang menggunakan khidmat Failee untuk bergandingan dengan Jafri. Failee banyak membantu Jafri melakukan percubaan. Paling mencuri perhatian ialah gerakan yang dilakukan oleh Kumaahran! Kumaahran sangat pantas di bahagian ‘flank’ namun gagal menemui penyudah kerana tidak banyak bergerak masuk ke kotak penalti Perak.

Perak pula menggunakan formasi 4-1-3-2 dengan meletakkan Nasir berseorangan di bahagian tengah bertahan dan Toski bergerak sebagai ‘advanced playmaker’. Secara kasarnya, Nasir tidak bermain dengan baik namun kita harus berterima kasih kepada beliau kerana berjaya menggagalkan beberapa peluang yang terhidang kepada Pulau Pinang.

Zaquan dan Nazrin juga banyak membantu Perak namun fungsi mereka berbeza pada malam tadi kerana mereka lebih banyak bermain sebagai ‘side midfielder’.

Penyerang (Pinto-Mirchev) harus cepat serasi bersama dan mempertajamkan lagi serangan Perak!

MAN OF THE MATCH :

ZAQUAN ADHA ABD. RAZAK – Banyak membantu serangan Perak semalam dan boleh dikatakan, ‘player influence’ Zaquan di atas padang lebih besar berbanding pemain lain.

Sila lihat statistik perlawanan dan pemain yang telah kami sediakan!