Menurut Jawatankuasa Pertandingan AFC, bagi pertandingan kelab di peringkat Asia, pengiraan mata AFC MA Ranking akan berubah tahun 2019.
Berdasarkan pengiraan AFC MA Ranking sekarang, 70% mata adalah bergantung dari prestasi kelab dan 30% mata dari prestasi pasukan kebangsaan. Pada dasarnya, AFC mahu menggunakan 100% mata dari prestasi pasukan kelab mulai 2021, namun mereka telah menetapkan satu ‘transition period’ mulai 2019 sehingga 2020.
Semasa proses ‘transition period’ ini berlaku, AFC akan mengambil kira AFC MA Ranking berdasarkan 90% mata dari prestasi pasukan kelab dan hanya 10% mata dari prestasi pasukan kebangsaan.
Perubahan ini menurut AFC, akan membolehkan pasukan-pasukan kelab dari negara-negara yang mempunyai AFC MA Ranking yang rendah mempunyai peluang untuk mendapat mata bagi kelayakan ke AFC Cup.
Selepas ini AFC MA Ranjing juga akan dikenali dengan nama baru – AFC Club Competition Ranking.
*Untuk informasi yang lebih pantas sila like Facebook Football Channel Malaysia