Berita

Kiatisuk Senamuang: Qatar Bukan Lawan Yang Terlalu Kuat Bagi Thailand

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang memberitahu Qatar bukanlah satu pasukan yang terlalu kuat bagi Thailand. Ia menunjukkan keyakinannya terhadap skuad Thailand yang akan menghadapi Qatar dalam perlawanan persahabatan Khamis depan, dalam persediaan untuk saingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

doi-hinh-tieu-bieu-cua-bong-da-dong-nam-a-2015-viet-nam-sach-bong-thai-lan-co-5-cai-ten-61-115756

Bekas penyerang kelab Hoang Anh Gia Lai itu juga menyatakan, beliau menghormati keupayaan pasukan dari Timur Tengah itu, namun berdasarkan skuad yang dimilikinya sekarang, ia bukan satu masalah besar bagi mereka.

“Saya telah mengkaji mengenai pasukan kebangsaan Qatar baru-baru ini. Mereka mempunyai skuad yang kuat dan seimbang disemua posisi, dengan gabungan pemain muda dari skuad Olimpik dan pemain veteran yang mampu menguasai permainan”, kata Kiatisuk.

Thailand dalam rangka persiapan untuk menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia, berada dalam kumpulan B bersama Australia, Jepun, Arab Saudi, UAE dan Iraq, yang akan bermula pada 6 September nanti bertemu Jepun di Bangkok.

12936656_10153613662027333_1708921976632275309_n

Wakil tunggal Asia Tenggara itu, perlu berada dalam kedudukan 2 teratas kumpulan B jika mahu layak secara automatik ke Piala Dunia 2018. Pasukan yang berada ditempat ketiga kumpulan B akan bertemu pasukan dikedudukan sama kumpulan A sebelum play-off menentang pasukan ke 4 terbaik CONCACAF.