Luar Negara

Thailand Umum Skuad 23 Pemain Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia

Seminggu sebelum perlawanan persahabatan bertemu Qatar, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), mengumumkan skuad 23 pemain yang telah dipilih bagi menghadapi saingan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia mulai 2 September 2016 nanti menentang Arab Saudi.

Berikut merupakan senarai 23 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih mereka, Kiatisuk Senamuang.

13934637_1720572914874509_5104076194561173535_n

Goalkeepers:

Kawin Thamsatchanan ( SCG Muangthong United ), 26 tahun, 182 cm
Sinthaweechai Hathairattanakool ( Suphanburi FC ), 34 tahun, 180 cm
Chains Sae-ear ( Chonburi FC ), 24 tahun, 175 cm

Defender:
Peerapat Notchaiya ( SCG Muangthong United ), 23 tahun, 175 cm
Theerathon Bunmathan ( SCG Muangthong ), 26 tahun, 172 cm
Tristan Do ( SCG Muangthong United ), 23 tahun, 171 cm
Adison Promrak ( SCG Muangthong United ), 22 tahun, 175 cm
Tanaboon Kesarat ( SCG Muangthong United ), 22 tahun, 182 cm
Narubadin Weerawatnodom ( Buriram United ), 22 tahun, 179 cm
Koravit Namwiset ( Buriram United ), 30 tahun, 173 cm
Pratum Churong ( Chiangrai United ), 32 tahun, 182 cm

Midfielder  :
Chanathip Songkrasin ( SCG Muangthong United ), 22 tahun, 160 cm
Sarach Yooyen ( SCG Muangthong United ), 24 tahun, 168 cm
Kroekrit Thaweekarn ( Chonburi FC ), 25 tahun, 182 cm
Mongkol Tossakrai ( Chiangrai United ), 29 tahun, 179 cm
Pokklaw Anan ( Chonburi FC ), 25 tahun, 179 cm
Prakit Deeprom ( Chonburi FC ), 28 tahun, 169 cm
Sarawut Masuk ( Bangkok Glass FC ), 26 tahun, 170 cm
Charyl Chappuis ( Suphanburi FC ), 24 tahun, 177 cm

Forwards:
Teerasil Dangda ( SCG Muangthong United ), 25 tahun, 181 cm
Adisak Kraisorn ( SCG Muangthong United ), 25 tahun, 182 cm
Tana Chanabut ( Port FC ), 32 tahun, 168 cm
Siroch Chatthong ( Ubon UMT United FC ), 23 tahun, 184 cm

scg-muangthong-united

1) SCG Muangthong United 

10 pemain dari pasukan SCG Muangthong United tersenarai dalam skuad ini. Prestasi semasa pemain-pemain SCG Muangthong United dalam liga domestik telah banyak menyumbang kepada hampir separuh skuad kebangsaan Thailand adalah dari pasukan ini.

2) Purata Umur Pemain

Secara keseluruhannya, purata umur bagi skuad kali ini adalah 25.73 tahun dan boleh diklasifikasikan sebagai skuad masih muda.

3) Ketinggian Pemain 

Purata ketinggian pemain dalam skuad ini adalah 175.87 cm. Bahagian serangan Thailand mempunyai 3 pemai yang berketinggian lebih 180 cm dan ini mungkin sebagai persediaan untuk mencabar barisan pertahanan tinggi lampai pemain dari Timur Tengah terutamanya.

496809868

Rumusan:

Diposisi penjaga gol, kedudukan Kawin sebagai penjaga gawang seakan tidak tergugat.

Bahagian pertahanan pula, hanya 3 orang pemain yang berusia lebih dari 23 tahun iaitu Theerathon Bunmathan,26 tahun, Kravit Namwiset,30 tahun, dan Pratum Churong, 32 tahun. Selebihnya merupakan pemain-pemain muda yang berumur 23 tahun kebawah. Diketuai oleh kapten pasukan Theerathon, hampir pasti bahagian pertahanan Thailand akan diisi oleh pemain dari SCG Muangthong United.

Midfield pasukan Thailand juga bakal dikemudi oleh 2 pemain SCG Muangthong United, Chanathip Songkrasin dan Sarach Yooyen sambil dibantu oleh Kroekrit Thaweekarn. Charyl Chappuis yang pemilihannya agak kontroversi kerana hampir setahun ‘hilang’ akibat kecederaan dilihat sekadar menjadi pemain gantian, manakala Sarawut Masuk mampu menambah kekuatan ‘core’ midfield pasukan Thailand.

Serangan Thailand sudah hampir pasti diketuai oleh Teerasil Dangda sebagai lone-striker atau pun bergandingan dengan Adisak Kraisorn bergantung kepada taktikal yang akan digunakan oleh Kiatisuk Senamuang.