Bojan Hodak dan Nenad Bacina, 2 import dan sedikit perubahan struktur organisasi Pulau Pinang berjaya meletakkan pasukan ini semakin stabil menuju sasaran KPI iaitu kekal di Liga Super 2017 semakin terjamin.
Jacksen F Thiago tidak gagal malahan dia boleh keluar dengan kebanggaan kerana berjaya membawa Pulau Pinang ke Liga kelas pertama Malaysia selepas setengah dekad hilang dalam radar.
Era kebangkitan P.Pinang bermula dari Merzagua, K.Devan dan disempurnakan oleh Jacksen. Bacina serta Hodak perlu meneruskan legasi ini semaksima mungkin.
Pulau Pinang pasti ingat ketika menuju zaman gelap, Mohd Bakar, Shukor Salleh, Robert Scully gagal mengekangkan kejatuhan berganda, menjunam ke Liga FAM. Dan pada ketika itu, Janos Kreska perlu bermula dari dasar membentuk kembali skuad ini.
Irfan Bakti, Ketua Jurulatih Terbaik Pencapaian Di Pulau Pinang
Jacksen mungkin insan istemewa Pulau Pinang yang akan dilupakan dimana beliau tidak cenderung kepada status import. Semuanya sama sahaja melainkan prestasi membezakan. Faiz Subri menjadi penjaring terbanyak pasukannya di MPL dan MSL meninggalkan Pulau Pinang dengan setengah dozen pemain muda yang sudah didedahkan. Kumaahraan dan Firdaus Chew paling menonjol.
Kini tugas Bojan dan Bacina meneruskan legasi ini. Dan kelihatan berada di landasan. Pulau Pinang meletakkan KPI paling realistik. Kekal di Liga Super dalam musim pertama. Sebarang kejatuhan membawa risiko untuk Pulau Pinang hilang sekali lagi dalam tempoh yang lama.
Duo Crotian ini pantas merekrut Rui Martins dan Jeong Seok Min dengan mengeluarkan 2 import kurang berimpak Osas Ikpefua dan Brent Griffith. Adakah Rui Martin akan menengelamkan import terbaik P.Pinang, Lee Gil Hoon? Ianya masih terlalu awal.
Lebih kuasa kepada Hodak?
Melihat kepada susunan organisasi terbaru kelihatan ahli lembaga pengarah boleh tidur lena dengan kerja bukan bola. Hodak menguasai struktur pengurusan dan Bacina di struktur kejurulatihan. Kelihatan Hodak kerap menjadi pengintip pasukan lawan. Berada di stadium-stadium bakal lawan Pulau Pinang bagi mencari maklumat untuk disalurkan kepada Bacina. Bacina cuma perlu fokus di kem pasukan.
Apabila ketua dalam pengurusan dikuasai oleh individu berlatar belakangkan bola bukan dari Ahli perniagaan atau Ahli Politik biasanya pasukan itu berada dalam landasan betul. Untuk hli lembaga pengarah ia tidak mengapa, kerana disana kunci kepada dana pasukan.
Selepas perubahan ini Pulau Pinang belum tewas dalam 5 perlawanan. Lebih menakjubkan mampu mencuri mata dari 3 pasukan teratas, JDT, Felda United dan Selangor. Harus diingat Pulau Pinang pada ketika itu hanyalah pasukan tercorot malahan Terengganu, Pahang dan Sarawak masih lagi bergelut sehingga kini.
Peningkatan berkaitan keputusan dan jumlah jaringan amat ketara walaupun kadar bolos masih sama. Jika faktor Pulau Pinang ada kelebihan berkaitan jadual ketika lawan perlu mengharungi lebih 6 perlawanan. FMLLP perlu mempertimbangkan Piala Malaysia 2017 perlu melibatkan semua pasukan di MSL bukan lagi 11 dari 12 pasukan.