Selepas FIFA mengemaskini ranking terbaru hari ini, Malaysia naik 1 anak tangga kepada kedudukan 173 dunia.
Walaubagaimana pun diperingkat AFC, kedudukan ini tidak memberi impak yang besar kepada kedudukan pasukan bola sepak Malaysia.
Ranking Asia
Hanya Iran dan Korea Selatan sahaja yang berjaya berada dalam kedudukan 50 pasukan terbaik dunia apabila masing-masing menghuni tangga ke 39 dan 50 dunia. Dengan kedudukan ini, Iran merupakan pasukan terbaik Asia!
Dalam zon Asia pula, Malaysia kini berada pada kedudukan 31, dan hanya dibezakan hanya 1 mata berbanding pasukan Laos serta Timor Leste yang masing-masing mengutip 115 mata.
Diatas Malaysia, ranking 172 dunia dan 30 Asia, Tajikistan, memiliki 150 mata.
Ranking Asia Tenggara
Thailand naik 2 anak tangga kepada kedudukan 117 dunia dan memintas Filipina dikedudukan 120 dunia. Filipina jatuh 5 anak tangga dari 115 dan penurunan ini membolehkan Thailand kembali menerajui ranking bola sepak Asia Tenggara.
Malaysia berada pada kedudukan ke 6 dibelakang Thailand (117), Filipina (120), Vietnam (133), Myanmar (161) dan Singapura (149).