Luar Negara

Rasmi: Fabio Capello Jurulatih Baru Jiangsu Suning FC, Dibantu Oleh Brocchi Dan Zambrotta

Bekas jurulatih England, Fabio Capello disahkan sebagai jurulatih baru pasukan Chinese Super League, Jiangsu Suning FC, menurut laporan dari China semalam.

Sebuah akhbar dari Itali, La Gazetta dello Sports juga melaporkan, Capello akan dibantu oleh Gianluca Zambrotta dan bekas pembantu jurulatih AC Milan, Cristian Brocchi dalam misi untuk meraih kedudukan yang lebih baik dalam Chinese Super League 2017. Ketika ini, Jiangsu Suning FC berada di kedudukan ke 15 liga, mempunyai mata yang sama dengan pasukan yang berada dalam zon penyingkiran dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol sahaja.

Fabio Capello dilaporkan bersetuju untuk bersama Jiangsu Suning FC dengan kontrak 1.5 tahun dan dianggarkan bakal menerima gaji sekitar 10 juta Euro setahun.

“Keputusan untuk menandatangani Fabio Capello adalah berdasarkan keperluan pembangunan strategik kelab.”, menurut kenyataan Jiangsu Suning FC.

“Selain dari membantu Jiangsu Suning FC kembali bersaing, beliau juga akan ditugaskan untuk membawa idea-idea baru dan serta ‘method’ dalam pengurusan pasukan, pembangunan jurulatih serta pasukan remaja.”

“Dibawah tunjuk ajar beliau, bola sepak Jiangsu khususnya dan juga China umunya bakal mendapat faedah yang cukup besar.”