Liga Super Malaysia

“Itulah Kelantan, itulah Kelantan kita. Kita muncul lebih perkasa!”, Tan Sri Annuar Musa

Penasihat dan juga penaja utama pasukan Kelantan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi hari ini mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Facebook, dengan nada mempersoalkan tindakan FMLLP terhadap kemelut dalam pasukan Kelantan.

Mengaku Kelantan Pasukan Miskin

Beliau memberitahu supaya janganlah sesuka hati  terhadap pasukan Kelantan kerana mereka adalah sebuah pasukan yang tidak mendapat sokongan dari pihak kerajaan negeri atau dari pihak istana, merujuk kepada isu kewangan pasukan.

“Ya, kita Kelantan pasukan miskin, pasukan kais pagi makan pagi”

“Pasukan yang didokong oleh seorang yang tidak mempunyai pangkat atau kuasa. Bukan Menteri Besar atau Istana”

Tan Sri Annuar Musa hanya mahu pasukan Kelantan diberikan keadilan yang dilihat menjadi mangsa.

“Namun janganlah buat sesuka hati. Kita hanya mahu keadilan dalam bersukan.”

Menurut Tan Sri Annuar Musa lagi, Kelantan tidak dibawa ke meja rundingan atau konsultasi supaya pihak-pihak terlibat dapat memahami situasi sebenarnya.

Kesan dari perkara-perkara ini telah memberikan implikasi kepada jawatan beliau dalam MARA hingga melibatkan tindakan oleh pihak SPRM.

“Bermula dengan pelbagai tuduhan terhadap saya hingga merebak ke MARA dan SPRM”

Tidak cukup dengan itu, Kelantan telah dipotong 6 mata lagi oleh FMLLP.

 

Apa Salah Kami Mahu Memperkuatkan Pasukan?

“Adakah salah kalau Kelantan diperkuatkan lagi?”

“Atau kerana Kelantan miskin dan boleh dibolehkan jual segala yang ada tapi tak boleh baiki atau perkuat kembali, dibiarkan terus mati, menghadapi penyingkiran dan tidak mencabar sesiapa lagi?”

Tan Sri Annuar Musa juga menyifatkan Kelantan menjadi juara bukan atas dasar kekayaan wang mahupun kuasa.

“Kita juara bukan kerana kita kaya atau ada kuasa, tetapi kerana usaha dan semangat waja tanpa berputus asa”.

“Kita tidak mati walau didenda, kita tidak berputus asa walau dihina, kita tidak berpecah walau diadu domba, kita tak mengalah walau dirampas semuanya!”

“Itulah Kelantan, itulah Kelantan kita. Kita muncul lebih perkasa!”

Ya Kita Kelantan team miskin,team kais pagi makan pagi..team yg di dokong orang yg tiada PANGKAT ATAU KUASA…bukan MB…

Tan Sri Annuar Musaさんの投稿 2017年5月30日