Berita

Siri #1 Pendosa Bola Sepak Malaysia – Ibu Bapa

Nampak keras, tapi itulah sebenarnya kenyataan yang patut kita sedari. Ibu bapa merupakan salah satu punca terbesar mengapa bola sepak Malaysia tidak membangun. Pertama, saya ingin tegaskan bahawa pemain dibentuk dari rumah. Lebih-lebih lagi jika pemain tersebut tinggal di rumah, bukannya di akademi seperti La Masia dan sebagainya.

Di rumah, pengaruh ibu bapa sangat kuat. Jika bapa suka merokok, bayangkan anak yg melihat juga melihat dan merokok. Bezanya, anak seorang pemain bola dan bapanya seorang kaki bangku. Rokok pasti membawa pengaruh buruk kepada pemain. Kalau tidak, mengapa Arsene Wenger menghukum Wojciech Szczesny selepas penjaga gol Poland itu meletakkan gambarnya merokok? Berbalik kepada perkara tadi, anda semua nampak bagaimana pengaruh ibu bapa boleh mencorak anak-anak? Jika anak-anak dilentur dari bawah, dari sekecil-kecil merokok sehingga kepada diet, mereka mungkin boleh mendapat peluang menjadi seorang profesional yang berjaya.

Perkara kedua ialah diet. Saya faham, agak mustahil bagi kita untuk membekalkan anak-anak kita dengan makanan premium setiap hari kerana faktor kos. Tetapi kita boleh kurangkan lemak, gula dan garam berlebihan dalam pengambilan makanan harian mereka. Jika anak anda sudah menunjukkan potensi, jagalah diet mereka. Pastikan dapat diet seimbang supaya mereka membesar setanding dengan pemain Eropah. Sekarang hanya perlu Google sahaja perkara berkaitan diet ni.

“Anak saya makan nasi lemak tiap-tiap hari, elok je dia score hat-trick semalam coach”. Kalau saya jumpa ibu bapa macam ni, saya tak teragak-agak untuk ‘cuci’ fikiran mereka. Lawan kampung sebelah memang la boleh score hat-trick. Budak kampung sebelah pun makan nasi lemak telur goyang. Cuba kau lawan akademi River Plate atau AC Milan. Dia tonggek bontot sikit pun, anak kau dah sujud syukur atas padang. Lepas tu menjerit kat referee cakap referee batu la, tunggul kayu la, referee makan rasuah la. Hakikatnya tunggul kayu tu, batu tu, ibu bapa yang menjerit itu sendiri.

msia-u13-ge13-news

Isu saiz pemain pula. Diet merupakan faktor tumbesaran pemain. Kita tak mahu pemain kita kecil dan rendah. “Tapi tuan, Messi, Shaqiri, Iniesta dan Mertens semua pendek. Boleh je mereka main di peringkat antarabangsa. Siap jadi pemain terbaik dunia”. Sukacita saya ingatkan, mereka membesar di kalangan pemain yang besar. Mereka tahu do’s and donts’ bila bermain di kalangan pemain besar. Sebagai contoh, bila Iniesta kena mark dengan pemain yang lagi besar, dia akan dapat agak apa yang pemain lawan akan buat. Dia akan kena body check, shirt grab dan sebagainya. Jadi dia akan bertindak lebih awal samada go to ball, shield bola atau one touch pass. Berbeza dengan pemain kita, kita dah biasa bermain di kalangan pemain kecil. Bila kita ke peringakat antarabangsa, pemain kita terkejut. Sebagai contoh, Safee Sali boleh shield bola di MSL. Bila di wakil Malaysia, beliau tak mampu sebab perbezaan saiz. Ini yang cuba saya katakan. Pemain kita jadi tak biasa dan hanya mampu menjadi jaguh kampung.

Next, ibu bapa terlampau pentingkan masa depan anak. Betul, ibu bapa mana tak sayang anak tapi kita sudah seperti mahu melakukan kerja Tuhan. Bagi orang Islam, bukankah Allah dah cakap rezeki tu akan dapat bila kita dah berusaha. Nak contoh? Kita suruh anak kita jadi cikgu dengan sebab senang dapat kerja. Tapi bila Allah cakap tu bukan rezeki kita, anak kita dah keluar maktab perguruan pun, masih tak dapat posting. Betul? Pedulikan FAM(B) dan orang atasan yang menjadi tunggul di atas sana. Jadi kalau anak kita dah menunjukkan bakat dalam bola sepak, usahakanlah agar minat dan cita-cita tercapai. Pastikan beliau mendapat latihan yang betul, makanan yang lengkap dan kelengkapan yang sesuai. Ni anak nak main bola, kau suruh pakai kasut bola kain. Langsung tak selesa dan menyerlahkan potensi. Ingat! Ini ialah pelaburan. Macam hantar anak pergi tuisyen dengan harapan dapat 5A UPSR. Kalau tak dapat 5A, ada kau menjerit cakap anak kau bodoh dan tiada masa depan? Nasib dia tidak baik. Mungkin dia akan ada harapan menjadi late bloomer dalam pelajaran. Cuba aplikasi situasi itu dalam pembentukan pemain bola sepak.

nfdp-malaysia-u13-juara-ibercup-2015

Aspek mental juga penting. Jangan terlampau manjakan anak kita. Nanti mereka mental lemah. Coach marah sikit, esok dah tak datang training. Kasut bola terus frame gantung dalam bilik. Lepas tu bila dah besar cakap dekat kawan-kawan bekas pemain bola sepak. Kenapa berhenti? Coach garang konon padahal kau pondan. Macam tahi.

Lagi? Kita perlu pastikan anak kita betul tujuannya. Kanak-kanak dan remaja mudah teralih fikiran. Kalau boleh, hantar dan ambil dari training, kita yang buat. Jangan lepaskan mereka sendirian atau bersama kawan-kawan. Contoh? Habis training pukul 7 sepatutnya boleh terus balik rumah. Tapi anak anda sibuk pergi Setapak Sentral. Pukul 10 malam baru sampai rumah. Nak jadi ravers dan pemain bola sekali katanya. Tarik telinga dia ke bumi nyata. Cakap kat dia, biar berjaya wakil kelab Eropah baru boleh ceburi bidang lain. Reference: Neymar. Baru ada ramai followers. Nanti ravers tak mantap, bola sepak pun tak berjaya. Bila sampai rumah lambat, dan letih me-ravers, kerja rumah tak buat. Pelajaran terabai kemudian salahkan bola sepak dan coaches. Terus tak datang training dan hilang permata baru bola sepak Malaysia.

Akhir kata, pembentukan pemain bola sepak adalah pelaburan. Kita kena sedia maklum, sukan di Malaysia amat terbalik. Jika di luar negara, peruntukan di sediakan untuk memastikan pemain berjaya. Tapi di negara kita, kita kena pastikan pemain berjaya baru ada peruntukan. Bodoh sungguh. Maaf kasar tapi memang betul-betul bodoh.

Buang yang keruh, ambil yang jernih.