Berita

Siri #2 Pendosa Bola Sepak Malaysia – Peranan Masyarakat

Kenapa saya cakap masyarakat juga merupakan pendosa terbesar? Cuba kita lihat di sekeliling kita. Apa yang kita lakukan selain daripada menyalahkan FAM?

Kalau anda sedang melakukan sesuatu di kawasan tempat anda seperti melatih kanak-kanak kecil dan sebagainya, tahniah saya ucapkan. Sekurang-kurangnya, anda sedar akan tanggungjawab anda. Kalau anda hanya menyalak dan menunggu FAM turun padang, anda dan FAM tiada bezanya. Mungkin FAM pun sedang menunggu AFC dan FIFA membantu mereka. Ajar kepada orang Malaysia macam mana mahu melakukan grassroots development. Sedih. Setiap lapisan sedang menunggu untuk dibantu. Dan anda terus menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu.

Pertama, sebenarnya kita yang patut mulakan sesuatu.

Ambil coaching license. Basic sahaja sudah mencukupi. Balik tempat anda, develop anak-anak kecil seawal 6 tahun. Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ketua masyarakat. Ambil la upah sikit petang-petang ajar anak-anak setempat. Kalau sebab passion, benda kecil bukan halangan. Saya berani jamin, kalau semua daerah di Malaysia buat begini, kita akan dapat lihat perubahan dalam bola sepak Malaysia. Buat kejohanan berskala kecil. Dedahkan pemain dengan game situation. Thomas Muller sewaktu dia masuk skuad utama Bayern, dia sudah ada banyak pengalaman bermain dengan skuad remaja Bayern. Itu membantu dia untuk tidak gugup sewaktu bermain 1st team Bayern ketika usia muda. Ni main tournament sekali setahun wakil sekolah,dan tersingkir group stage. Macam mana nak biasa dengan game situation?

Kedua, buat tournament simple sahaja.

“Tournament makan kos banyak, bang. Takde duit nak buat. Tiada sponsor”. Kita ni suka menyusahkan benda yang senang. Buat tournament yang tak perlu offside, hanya satu pengadil yang tahu basic rules dalam bola sepak. 7 vs 7 sudah cukup. Lagi banyak pemain dapat bola, lagi bagus. Ini nak buat tournament yang ada pengadil 4 orang pakai baju hitam ada lambang FIFA dalam poket ada card merah kuning, tengah hari makan nasi ayam, jemput orang kenamaan karpet merah. Kos banyak habis kat benda yang tak perlu. Rugi! Ibu bapa mana tak suka anak main? Mesti mereka akan volunteer nak jadi referee, nak masak bihun, buat air dan sebagainya. Silap haribulan dapat sponsor RM5,000. Tak bulat biji mata ? Kalau tiada sumbangan wang ringgit, sumbangan tenaga sudah dikira bagus. Kalau dua-dua tiada sekalipun, ada orang sumbang doa pun dah cantik. Kalau semua tiada, kau suruh mak bapak situ tengok bola kat Astro jela. Buang masa.
Ketiga, tahu tak development stage dalam bola sepak?

Mari saya kongsikan secebis ilmu saya yang memang secubit ini. Dari usia 6-13 tahun, pemain perlu diajar teknik. Bukan taktik! Ajar mereka cara menanduk bola dengan betul, cara pass, cara dribble, cara shooting dan macam-macam teknik lain. Sebab mereka masih muda dan senang dibentuk. Jangan buang masa nak ajar pemain umur 25 tahun teknik tendang bola. Buang masa. Mereka dah keras. Under pressure, mereka akan tendang kemana telur mereka mengadap.

Berbalik kepada cerita tadi, kanak-kanak dalam lingkungan 6-13 tahun, kita hanya mahu mereka develop teknik. Jangan tekankan mereka dengan result. Asyik nak menang. Asyik nak menang. Itu menyebabkan mereka tertekan dan tak berani mencuba. Biarkan mereka bermain. Cuma pastikan teknik mereka betul. Kalau winger suka dribble, jangan marah kalau dia attempt dribble dan tak berjaya. Ajar dia. Tunjuk video Ronaldinho, Ryan Giggs, Ronaldo Gemuk. Nanti mereka akan cuba buat dan tiru. Ini umur 8 tahun sibuk nak suruh menang Piala Menteri Macam-macam Nama. Bila dah besar, Piala Dunia pun tak pergi, main bola pun tak pandai.

Taktik diajar bila mereka dah besar. Umur 14 dah boleh ajar taktik. Macam mana nak main halfspace, macam mana nak tarik defense keluar dari flat four dan sebagainya. Ni kita sibuk dengan Wenger’s Ball, Cotenaccio, dan Diego’s Wall. Kita semua ni sebenarnya taksub dengan taktik. Cuba kita bayangkan, kita sibuk ajar budak-budak taktik, tapi teknik kelaut. Baru nak start counter attack, tahan bola melantun, lawan dapat reorganize defensive structure. Counter attack apanya macam tu?

Keempat, kita sangat suka shortcut. Tahu virus shortcut?

Macam itulah kita. Mahu anak kita dapat main bola terus. Sibuk hubungi orang kenamaan dan minta anak kita direkomen masuk dalam team. Kalau anak kita tu ada bakat, boleh la dibagi peluang. Ini datang training pakai seluar Hawaii, warm up pun nak tak nak, nak letak di bangku simpanan pun belum tentu dapat.

Tiada attitude.

Hanya mengharapkan jalan pintas. Mungkin mereka dan ibu bapa mereka tidak baca cerita Ronaldo dan Messi. Belum lagi dikira ibu bapa yang mahu anak mereka berada dalam pasukan utama sahaja. Kalau semua orang nak main utama, siapa nak teman coach kat bench? Fikir panjang sikit. Semua pemain ada peranan masing-masing. Masa akan menentukan. Tanya Solskjaer dan Chicarito apa peranan mereka di Manchester United.
Terakhir, jangan sibuk nak salahkan orang lain. Cuba letak kita sebagai yang bersalah. Cuba anda semua jadi jurulatih Malaysia, anda rasa Malaysia akan jadi lagi baik ke?

TIDAK!

Pool pemain kita kecil. Safiq Rahim retired pun satu negara riuh cari pengganti. Letak la Guardiola jadi coach, negara kita paling kuat pun mampu menang Sukan SEA sahaja. Kita boleh ke Piala Dunia. Dengan tiket tuan rumah. Iyu pun tuan rumah bersama negara mana entah.

Malaysia bukan ada masalah jurulatih. Masalahnya ialah kita tiada option. Kalau tukar jurulatih pun, seorang dua sahaja pemain yang bertukar. Yang lain sama je. Terima la kenyataan. Pool pemain kita paling teramat sangat kecil sekali. Tengok pasukan utama Sepanyol dan Jerman. Selepas first eleven, mereka mampu buat satu lagi squad yang lebih kurang sahaja hebatnya menggunakan pemain lain. Mereka ada depth. Negara kita? Yang first eleven lawan San Marino entah lepas atau tidak. Yang second team usah nak cerita.

Lagi satu, suka salahkan pengadil.

Yang ni bagi saya benda paling bodoh pernah dibuat seorang peminat bola. Normal kalau tak bersetuju dengan keputusan pengadil tapi jangan  kecam dia sampai anak bini dia pun terlibat. Nak keluar rumah pun takut. Kontroversi sebegini yang menyebabkan bola sepak menarik. Kalau perfect, kurang keseronokan. Angle dia dalam match lain. Angle kita sebagai penonton di stadium dan tv pun lain. Ingat senang ke nak jadi referee? Biasa negeri yang banyak complaint ni, negeri dia tiada referee yang mantap pun. Sebab tu tau nak argue je. Tak percaya? Tengok la negeri masing-masing. Tahu ke referee pun ada ranking? Ada 90 minit satu match untuk tentukan nasib kita, keputusan yang 30 saat tu jugak kau nak bising. Tak tau apa lagi kata nista yang patut diungkapkan.

Ingat! Masyarakat kita sedang sakit.

Jadilah antara orang yang mengubahnya bukan sebahagian darinya.

Artikel asal: Data Bola