Malaysia

Seri 2 Perlawanan Tetapi Ranking FIFA Malaysia Akan Menjunam Lagi, Mengapa?

14542367_877964425638752_681964770723337799_o

Tamat perlawanan persahabatan “A” bertemu Afghanistan semalam dengan keputusan seri 1-1. Gol Malaysia dijaringkan oleh pemain Felda United – Hadin Azman sebelum tamat separuh masa pertama.

2 perlawanan persahabatan “A” pada bulan Oktober ini, kedua-duanya berakhir dengan keputusan seri, bermakna Malaysia hanya mampu mengutip 85.850 mata sahaja ( 42.500 mata dari perlawanan dengan Singapura dan 43.350 mata dari perlawanan dengan Afghanistan ).

15 September lalu, FIFA mengumumkan senarai ranking terbaru dan Malaysia berada dikedudukan ke 158 dengan pungutan 157.93 mata, dimana Malaysia melonjak naik 9 tangga dari kedudukan 167 pada tarikh 11 Ogos 2016. Dalam setiap pengumuman senarai ranking terbaru, FIFA akan mengambil kira mata dari perlawanan seperti berikut:

  • Purata mata dalam tempoh 12 bulan terakhir  – Tiada susut
  • Purata mata dalam tempoh 12-24 bulan terakhir – 50% susut
  • Purata mata dalam tempoh 24-36 bulan terakhir – 70% susut
  • Purata mata dalam tempoh 36-48 bulan terakhir – 80% susut

Berdasarkan ranking yang diumumkan pada 15 September 2016 ( perlawanan dari 15 September 2015 ), kami dapati Malaysia hanya menang 4 perlawanan yang menyumbang lebih dari 100 mata kepada Malaysia dan baki perlawanan adalah 3 seri dan 5 kalah.

Menang: Bertemu Timor Leste ( Kelayakan Piala Dunia & Piala Asia ) dan 1 lagi perlawanan adalah perlawanan persahabatan bertemu Laos.
Seri: Bertemu Myanmar, Macau dan Fiji
Kalah: Bertemu UAE, Arab Saudi, Palestin, Papua New Guinea dan Indonesia

Jika dijumlahkan semua mata yang diperolehi dalam perlawanan dari 15 September 2015 hingga 15 September 2016, Malaysia telah mengumpulkan 1211.250 mata dari 14 perlawanan “A” dan puratanya adalah 100.938 mata – sila cross-check dengan web FIFA untuk kepastian.

14714824_877985885636606_5955111174392816972_o

Apabila senarai ranking terbaru diumumkan nanti pada 20 Oktober 2016, hanya mata dari perlawanan bermula 20 Oktober 2015 akan diambil kira dan ini banyak menjejaskan Malaysia kerana ada 2 perlawanan “A” yang berpihak kepada Malaysia sudah tidak termasuk dalam pengiraan terbaru nanti.

  • Kelayakan Piala Dunia bertemu Timor Leste : Menang 3-1, 318.75 mata
  • Perlawanan Persahabatan bertemu Laos: Menang 1-0, 127.50 mata

Kita akan hilang 446.25 mata dan hanya ‘digantikan’ dengan 85.85 mata sahaja hasil 2 perlawanan persahabatan yang terbaru.

Selepas pengiraan dibuat, dalam tempoh 12 bulan terakhir bermula 20 Oktober 2015, Malaysia hanya mampu memperolehi 850.85 mata dahaja dari 12 perlawanan dengan purata 70.904 mata – perbezaan 30 mata berbanding purata pada 15 September 2016.

2016-10-12_1-19-09

Kesimpulannya, walaupun Malaysia mencatat keputusan seri dalam 2 perlawanan persahabatan “A” bertemu Singapura dan Afghanistan, jumlah mata dalam ranking FIFA sebenarnya makin susut dari 157.93 kepada 134.633 mata, seminggu sebelum ranking FIFA terbaru akan diumumkan. Pihak kami menjangkakan Malaysia akan kembali kepada kedudukan yang sama pada ranking FIFA bulan Ogos yang lalu.

Walaupun mencatat keputusan seri dalam 2 perlawanan, namun pungutan mata yang tidak mencukupi menjadikan purata mata menurun sebanyak 23.297 mata.