Bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong telah meninggal dunia di Perubatan Universiti Malaya pada jam 8 pagi tadi pada usia 70 tahun.
Pemain yang menerima jolokan Asian Steel Gate itu pernah beraksi untuk Bedford Town di England dan HK Rangers di Hong Kong. Mendiang juga antara pemain paling muda menyarung jersi kebangsaan apabila membuat penampilan pada usia 15 tahun.
Mendiang Chow Chee Keong juga pernah dinobatkan penjaga gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebanyak lima kali berturut-turut pada tahun 1966-1970.
Kami di Football Tribe mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mendiang.