Bintang muda bolasepak Malaysia, Syamer Kutty jelas cukup teruja selepas sah diberi peluang untuk beraksi di Portugal tahun depan.
Pemain yang berasal daripada Pulau Pinang itu kini berada bersama skuad B-23 Malaysia yang sedang membuat persediaan untuk Piala Asia B-23 tahun pada bulan Januari depan. Selepas kejohanan tersebut, Syamer dijangka akan berlepas ke Portugal untuk menimba pengalaman.
“Beraksi di luar negara sememangnya menjadi impian saya sejak kecil, jadi sudah pasti ini membuatkan saya bekerja lebih keras demi memajukan diri sendiri,” ujar Syamer Kutty kepada Arena Metro.
Namun sebelum itu, pemain yang baru menyertai Johor Darul Ta’azim itu mahu fokus terhadap misi Piala Asia B-23 tahun. Skuad Datuk Ong Kim Swee kini berada di Korea Selatan untuk kem latihan sepanjang dua minggu seterusnya dan Syamer sedar bahawa dia mungkin memainkan peranan yang cukup besar sebagai pemain ‘midfield’.
“Bahagian tengah boleh dianggap sebagai jantung pasukan dan persembahan pemain tengah sudah pasti memberi kesan kepada keseluruhan persembahan pasukan, malah memainkan watak penting ketika mengatur serangan dan bertahan.