Piala Dunia Qatar 2022 menyaksikan Australia, Jepun dan Korea Selatan mara ke pusingan 16 terbaik.
Ini setelah Korea Selatan bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Portugal 2-1 di Education City Stadium malam tadi.
Ricardo Horta menjaringkan gol seawal minit ke-5 untuk Portugal namun Korea Selatan menyamakan kedudukan pada minit ke-27 hasil jaringan pemain pertahanan, Kim Young-gwon.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga hujung separuh masa kedua, sehinggalah Korea Selatan membuat serangan balas.
Portugal yang sedang menyerang di kotak penalti Korea Selatan namun bola tiba-tiba dirampas oleh Son Heung-min yang membuat larian pantas menembusi pihak lawan sebelum hantarannya disudahkan oleh Hwang Hee-chan.
Ini kali pertama dalam sejarah Piala Dunia, tiga pasukan Asia mara ke pusingan kalah mati.
Semalam, Jepun membuat kejutan apabila menewaskan Sepanyol 2-1 di Khalifa International Stadium hasil jaringan Ritsu Doan dan Ao Tanaka.
Australia pula layak ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Denmark 1-0 di Al Janoub Stadium hasil jaringan tunggal Matthew Leckie.
Hanya Arab Saudi dan Iran gagal ke pusingan seterusnya.
Australia akan bertemu Argentina dalam pusingan 16 di Ahmad bin Ali Stadium pada pukul 3 pagi ini.
Jepun pula akan bertemu finalis Piala Dunia 2018, Croatia pada hari Isnin ini manakala Korea Selatan akan bertemu Brazil pada hari Selasa ini.