Eropah

Liverpool keluar dari Liga Juara-Juara: Kisah Dua Penjaga Gol

Tidak dapat dinafikan pertemuan dengan dua gergasi yang jelas menunjukkan pertembungan gaya, sistem strategik dan sikap yang berbeza-beza ketika Liverpool menemui Atletico Madrid dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara terakhir mereka di Anfield.

Pada hujung malam, semua itu diratakan kepada persembahan individu penjaga gol kedua-dua pasukan di Anfield yang menentukan keputusan akhir. Di sudut Athletico Madrid, Jan Oblak menggariskan reputasinya sebagai salah satu pemain utama di dunia ketika dia menafikan Liverpool secara berulang. Di sudut Liverpool pula, kesilapan yang ditakrifkan oleh Adrian menyebabkan ramai merenung bagaimana hasil akhirnya mungkin berbeza jika Alisson dapat turun bermain.

Oblak lah yang pertama dari kedua-dua penjaga gol di kalahkan gol ketika dia gagal menghentikan tandukan Gini Wijnaldum dan beliau juga tidak mampu menghentikan tendangan Roberto Firmino dari jarak yang dekat dalam tempoh masa tambahan. Melainkan ini, beliau berjaya melakukan sembilan penjimatan gol yang cemerlang dan permainan nya yang banyak membantukan permainan Atletico.

Atletico Madrid mampu memanfaatkan kesilapan yang tidak disengajakan dari Adrian dalam masa tambahan hanya 167 saat setelah di lihatkan semacam Firmino telah berjaya menghantar Liverpool ke peringkat suku akhir ketika penjaga Liverpool tersalah hantar bola kepada Joao Felix yang lepas itu memasangkan bola kepada Marcos Llorente untuk mencetak gol dari jarak jauh. Adrian tergelincir ketika dia hendak menyelam untuk menyelamatkan dan kesilapan yang dihasilkan nya terjadi punca yang mencukupi untuk pemain Atletico untuk meraikan sehebat nya.

Atletico bermain dengan formasi 4-4-2 oleh Simeone tetapi tidak dapat menembak satu sasaran pada separuh masa pertama dan hanya mampu mengikis enam dalam keseluruhan 120 minit perlawanan. Tetapi pada akhirnya mereka masih berjaya menjaringkan tiga kali, itu lah yang paling penting sekali.

“Kami melihat semua gol yang kami telah berikan, kami tidak sepatutnya memberi gol seperti ini,” kata Klopp selepas perlawanan. Klopp juga pantas datang ke pertahanan penjaga gol nya. “Kami memang tidak menyalahkannya. Dia telah menyelamatkan kita dalam banyak detik sejak dia berada di sini. Beliau telah banyak kali menunjukkan persembahan yang hebat. Keputusan ini tidak membantu kami tetapi itulah akibatnya.”

“Ia memanglah berkesan tetapi ia adalah hanya satu gol, kami memberi dua gol lagi selepas itu, kami tidak menjaringkan gol, dan ada banyak sebab mengapa kami tidak dapat melakukannya.”

“Liverpool telah banyak menyerang dengan cemerlang itu dan ia merupakan persembahan yang sangat baik,” kata bekas pemain midfielder Liverpool, Neil Mellor di Sky Sports News. “Mereka banyak peluang selepas peluang untuk cuba. Oblak adalah salah satu penjaga gol terbaik di dunia, dan dia jelas menunjukkan nya malam ini.

“Penjaga gol terbaik di dunia terhilang untuk Liverpool malam ini. Jikalau dia ada, adakah perbezaan besar akibatnya malam ini?