Liga Super Malaysia Berita

JDT hentikan jualan tiket perlawanan Liga Super

Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd Anizam Jamian mengesahkan bahawa pasukannya telah membuat keputusan untuk menghentikan penjualan tiket perlawanan menentang Felda United, yang dijadualkan pada Sabtu, 14 Mac.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi menunggu tindakan dari Malaysian Football League (MFL) ekoran penularan wabak COVID-19.

“Penjualan dalam talian telah dihentikan seketika dan kaunter tiket di Stadium Sultan Ibrahim tidak akan dibuka Jumaat ini sehingga mendapat pengumuman dari pengelola liga.

“Sebarang kesulitan amat kami kesali. Keselamatan dan kesihatan keluarga JDT sentiasa menjadi keutamaan kami.”

JDT menjadi pasukan pertama yang menghentikan jualan tiket Liga Super buat sementara waktu.

Pasukan lain dijangka mengambil pendekatan yang sama.