Eropah Berita

[VIDEO] Barcelona ikat Ansu Fati

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona mengikat pemain muda berbakat, Ansu Fati dengan memperbaharui kontrak sehingga 30 Jun 2022. Laporan rasmi daripada FCBarcelona.com juga menyatakan nilai tebusan klausa pemain berusia 17 tahun itu turut dinaikkan daripada 100 kepada 170 juta euro.

Selain itu, nilai tebusan klausa akan digandakan kepada 400 juta euro selepas pemain itu menandatangani kontrak sebagai pemain profesional dalam skuad utama Barcelona. Ansu Fati telah melakukan sembilan penampilan bersama skuad elit Barcelona dan menyumbang dua gol.

Disamping itu, dia juga merupakan pemain termuda Barcelona yang berjaya menjaringkan gol di usia 16 tahun dan 304 hari. Malah, Ansu Fati adalah pemain termuda pertama yang membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Nou Camp.

‘Bagi saya, La Masia merupakan sekolah yang terbaik di dunia dan saya berterima kasih kepada semua yang membantu sejak hari pertama. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan semua disini’, katanya lagi.

Ansu Fati menyifatkan peluang yang dimiliki ini ibarat mimpi jadi realiti. Dia juga berharap dapat terus memperbaiki kualiti permainan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pasukan.