Cristiano Ronaldo dalam satu laporan mengakui bahawa anaknya, Cristiano Jr terkejut apabila dia menunjukkan bagaimana realiti kehidupan dia ketika masih remaja.
Bintang Juventus, 34, meninggalkan rumahnya di Madeira pada usia 12 tahun demi untuk mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.
Ronaldo tiba di Lisbon dan hidup bersama sahabatnya, Miguel Paixao.
Bekas bintang Manchester United dan Real Madrid baru-baru ini mengambil peluang untuk menunjukkan kepada Cristiano Jr bagaimana kawasan sekitar dia membesar.
Ronaldo memberitahu saluran TVII: “Saya sangat teruja untuk melihat di mana saya membesar.
“Dia sudah tahu [serba sedikit tentang] Madeira dan kediaman Marques de Pombal.
“Dia [Cristiano Jr] melawat [kawasan tersebut] dengan saya dan masih ada beberapa orang yang sama masih tinggal di sana.
"My son turned to me and said: ‘Papa. Did you live here?’ He could not believe it."
Cristiano Ronaldo is keeping it real with his son about growing up in Lisbon.💪 pic.twitter.com/RDY0kYosLy
— Daev Creations (@daevcreations) August 21, 2019
“Saya tersentuh, secara jujurnya, saya tidak mengharapkan untuk berjumpa dengan mereka dan ianya buat saya tersentuh”
Kapten Portugal mendedahkan bahawa anak lelakinya terkejut apabila melihat keadaan bilik yang pernah Ronaldo tinggal.
Tetapi tujuan pemenang lima kali Ballon d’Or adalah untuk mengajar beliau erti kesusahan dan berusaha keras untuk mencapai sesuatu dalam hidup.
“Saya pergi dengan Paixao dan [Cristiano Jr], kami memasuki bilik di mana saya tinggal.
“Anak saya berpaling kepada saya dan berkata: ‘Papa, adakah anda tinggal di sini?’ Dia tidak percaya.
“Mereka fikir semuanya mudah di dunia ini. Kualiti hidup, rumah, kereta, pakaian …
“Saya cuba sampaikan bahawa perkara-perkara ini tidak datang dengan mempunyai bakat sahaja, tetapi dengan kerja keras dan dedikasi.”