Piala Malaysia Berita

PKNP terlepas 3 mata berharga

PKNP FC terpaksa akur dengan kehebatan PJ City apabila tewas 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Pada aksi Kumpulan B, tuan rumah berjaya mendahului pada minit ke-11 menerusi Pedro Henrique Cortes.

Walau bagaimanapun, PKNP berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas Pedro Victor Calil berjaya mencetuk kebangkitan PKNP.

Tetapi ianya tidak bertahan lama apabila pertahan PJ City, Elieu Araujo De Melo bangkit untuk meletakkan skuad K Devan di hadapan sekali gus memberi tiga mata penuh buat PJ City.