Rekod kekalahan 3-7 ke atas Atletico Madrid di Stadium Metlife minggu lalu telah mengingatkan kembali kepada kekalahan 9-1 di tangan Bayern Munich pada tahun 1980.
Dalam lima perlawanan pra musim, Los Blancos telah melepaskan 16 gol dengan purata 3.2 gol setiap satu perlawanan.
Jika mereka melepaskan jaringan pada perlawanan persahabatan menentang Red Bull Salzburg pada 7 Ogos nanti atau AS Roma empat hari selepas itu, Real Madrid akan menyamakan rekod 1980 apabila melepaskan 17 gol.
Real Madrid versi terbaharu ini tidak konsisten dan masih mencari-cari persembahan terbaik mereka.
Biarpun berjaya mencatat kemenangan dan menjaringkan lima gol menentang Fenerbance, pasukan kendalian Zidane telah melepaskan tiga gol pada perlawanan tersebut dan masih gagal untuk merekodkan ‘cleen sheet’ dalam lima perlawanan terakhir.
“Jangan lupa ini adalah pra-musim,” kata Benzema selepas perlawanan di Munich.