Lagenda bola sepak dunia bakal beraksi di Stadium Larkin hari ini bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Pertubuhan Bantuan Perempuan.
Pertandingan amal ini akan berlangsung di antara JDT TMJ dan JDT Rest of the World.
Pemain-pemain yang bakal beraksi di Larkin adalah Rivaldo, Robert Pires, Edgar Davids, Claude Makelele, Esteban Cambiasso, Bebeto dan ramai lagi bintang dunia yang pernah membuat penampilan bersama kelab-kelab besar.
Walau bagaimanapun, pemain Brazil, Ronaldo tidak dapat hadir pada perlawanan malam ini dan bakal digantikan dengan lagenda bola sepak Perancis dan bekas penyerang Juventus,, David Trezequet.
Selain daripada itu, beberapa pemain JDT turut bakal membuat penampilan dalam aksi perlawanan amal malam ini.
“Saya teruja kerana kami akan mempunyai banyak orang yang datang untuk perlawanan.
“Kami akan mempunyai 12 bekas bintang di sini,” kata pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.