Luar Negara Berita

Tiga gol Uruguay dibatalkan

Peru mengalahkan Uruguay dalam penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Copa America dan skuad Uruguay mempunyai tiga gol yang dibatalkan disebabkan ofside.

Jaringan Giorgian De Arrascaeta pada minit ke- 29 minit selepas mendapat hantaran dari Nahitan Nandez, dibatalkan disebabkan offside.

VAR membatalkan jaringan Edinson Cavani setengah jam kemudian, kemudian sekali lagi dengan jaringan Luis Suarez yang dibatalkan.

Suarez selepas itu dilihat gagal menjaringkan sepakan penalti selepas pasukan itu terikat 0-0 sepanjang perlawanan.