Luar Negara Berita

Benfica didakwa lakukan pengubahan wang haram

Atleticoa Madrid bakal mengumumkan kehadiran Joao Felix dalam masa dua minggu lagi, tetapi pemindahan rasmi terpaksa ditangguhkan kerana terdapat satu proses yang perlu dilakukan oleh Benfica untuk berdagang di bursa saham, di mana hasil jualan pemain dapat dikira pada tahun fiskal yang akan datang.

Atletico Madrid bakal membayar Benfica sebanyak 126 juta euro untuk penyerang berusa 19 tahun yang telah berjaya memperagakan aski yang menakjubkan bersama Benfica.

Permasalah timbul apabila EU MEP di Portugal, Ana Gomes dari Parti Sosialis secara terbuka menyatakan keraguan bahawa wujud pengubahan wang haram daripada aktiviti jual beli tersebut.

Gomes membangkitkan isu terbabit selepas menjawab salah satu ciapan daripada wartawan Portugis, Bruno Faria Lopes yang mempersoalkan motif disebalik harga Felix yang tinggi.

“Pemain bola sepak berusia 19 tahun, yang bermain separuh musim, menjual [harga] € 120 juta, perpindahan keempat tertinggi. Saya belum lagi membaca penjelasan yang munasabah untuk ini, “kata Lopes.

Sebagai tindak balas, Gomez berkata: “Bukankah perniagaan pengubahan wang haram?”