Pasukan Pep Guardiola berjaya membenam lawan mereka, Schalke 04 dengan jaringan besar, 7-0 di laman sendiri City dengan beberapa gol terpaksa mendapat pengesahan teknlogi Video Bantuan Pengadil (VAR).
Dua gol daripada Sergio Aguero dan satu gol masing-masing daripada Leroy Sane, Raheem Sterling, Bernando Silva, Phil Foden dan Gabriel Jesus telah mengesahkan tempat City di suku akhir Liga Juara-Juara pagi tadi.
Begitupun menang besar ke atas kelab daripada German, Pep Guardiola nyata tidak berpuas hati dengan masa yang diambil terlalu lama oleh pengadil untuk meneliti tiga gol City melalui teknologi VAR.
Gol Aguero, Sane dan Sterling terpaksa mengambil masa yang lama untuk disahkan oleh pihak pengadil selepas ia tampak seperti ofsaid dan satu gol jaringan Sane dibatalkan.
Ia mencetuskan kekecohan di Eltihad apabila terpaksa menunggu keputusan pengadil untuk mengesahkan atau membatalkan jaringan berkenaan.
“Mereka perlu lebih pantas sedikit untuk membuat keputusan tetapi ia adil,” kata Guardiola yang mahu Liga Perdana Inggeris menggunakan VAR musim ini.
“Ada dua penalti yang tidak memihak kami berpunca daripada VAR di Jerman tetapi pada akhirnya ia adil. Pada akhirnya, ia adalah apa yang kami mahukan.
“Harapnya ini yang boleh berlaku dalam Liga Perdana Inggeris pada musim depan. Saya gembira dengan VAR. Harapnya ia boleh dipercepatkan (keputusan) berbanding pada hari ini.
“Saya suka jika pasukan yang layak menang dan mara. Kadang kala kamu tidak mara disebabkan oleh keputusan yang salah. Ia membantu pengadil untuk mendapatkan keputusan yang adil.”