Pasukan bimbingan Jurgen Kloop berjaya mengalah Manchester United di Anfield hari ini selepas meledakkan tiga gol daripada Sadio Mane dan pemain gantian Shaqiri.
The Reds yang masih memegang rekod tanpa kalah kembali mengungguli taktha liga daripada Manchester City dengan kelebihan satu mata di hadapan pasukan Pep Guardiola.
Liverpool yang mengumpul tiga mata penuh turun dengan misi memburu kemenagan ke atas Manchester United tampak seperti buntu untuk mencari gol kemenangan. Penukaran pemain yang dibuat Jurgen Kloop ternyata berhasil apabila memasukkan Shaqiri menggantikan Keita yang kurang menyerlah.
Pemain antarabangsa Senegal, Sadio Mane muncul penjaring pertama buat Liverpool setelah menerima hantaran cantik daripada Fabinho diluar kotak penalti pada minit ke-24 meletakkan Liverpool dikedudukan yang selesa.
Anak buah Mourinho yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba bangkit untuk memburu gol penyamaan. Hasilnya selang sembilan minit, Jesse Lingard berjaya menjaringkan gol penyamaan setelah Allison Becker, penjaga gawang Liverpool gagal menangkap kemas hantaran Lukaku sebelum Lingard merembat masuk bola muntah untuk memberi kedudukan 1-1 sehingga tamat separuh masa.
Pada separuh masa kedua, bola banyak berlegar dikawasan United dengan penguasaan bola daripada Liverpool. Anak buah Jurgen Kloop dilihat seperti buntu untuk mencari gol penyamaan sebelum Shaqiri muncul wira The Reds apabila dimasukkan menggantikan Keita pada minit ke-70.
Shaqiri menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-73 dan 80 bagi membantu Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah pada 17 perlawanan berturut-turut.