Luar Negara Berita

Southampton Cipta Kejutan, Tewaskan Arsenal Di Halaman Sendiri

Southampton yang bergelut pada zon penyingkiran mencipta kejutan apabila berjaya mencipta kemenangan ke atas Arsenal, 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Gol lewat permainan daripada pemain gantian, Charlie Austin berjaya meletakkan Southampton didepan bagi memberi kemenangan pertama kepada penguru baharu, Ralph Hasenhuettl di halaman sendiri.

Bagi anak buah Unai Emery, pasukan beliau kekal menghuni tangga ke-5 liga, ketinggalan dua mata dibelakang Chelsea apabila tewas buat kali pertama selepas 23 perlawanan.

Manakala Southampton berjaya meletakkan pasukan mereka keluar daripada zon penyingkiran dengan mengutip 12 mata dan berada ditangga ke-17 liga.

Dalam aksi ke 17 Liga Perdana Inggeris, Southampton berada dihadapan apabila penyerang yang bergelut dengan kecederaan, Danny Ings menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-20 dan 44 apabila berjaya menanduk masuk hantaran kemas Matt Targett dan Nathan Redmond.

Arsenal berjaya menyamakan kedudukan sebelum gol kedua Danny dengan Mikitaryan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28 dan menambah koleksi gol beliau pada minit ke-53.

Charlie Austin muncul wira Southampton apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85. 

Kemenagan ini berjaya meletakkan Southampton dihadapan Burnley, Huddersfield dan Fulhan yang bergelut pada zon penyingkiran.