Kemboja menamatkan rekod tanpa kemenangan selama 16 tahun di Piala Suzuki AFF dengan kemenangan 3-1 ke atas Laos pada hari Selasa.
Kemenangan 1-0 ke atas Filipina pada 21 Disember 2002 adalah kali terakhir Angkor Warriors merangkul tiga mata dalam perlawanan Piala AFF Suzuki. Terima kasih kepada gol dari Chan Vathanaka, Prak Mony Udom dan Keo Sokpheng yang membantu mengakhiri rekod buruk tersebut.
Tepat dari wisel pembukaan pasukan tuan rumah mengambil kelebihan daripada hantaran cantik Sath Rosib pada minit ke-18 yang menemui Vathanaka untuk gol keduanya pada kejohanan ini.
Kemboja yang dikendalikan oleh Keisuke Honda sepatutnya menambah derita Laos pada minit ke 27 apabila sepakan Vathanaka dan Sokphen dipatahkan pertahan Laos.
Gol kedua Kemboja hadir apabila pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti kepada Kemboja dan disudahkan oleh Mony Udom untuk memberi Kemboja 2-0 pada separuh masa pertama.
Penguasaan pasukan tuan rumah berlanjutan pada babak kedua, tetapi dihukum pada 15 minit terakhir permainan apabila Somxay berjaya menjaringkan gol pertama buat Loas menjadikan jaringan 2-1.
Kemboja bangkit kembali apabila berjaya menjaringkan gol ketiga melalui Sokphen yang menewaskan Saymonalinh untuk menjadikannya 3-1.
Kekalahan ini menyaksikan Loas tersingkir awal daripada kejohanan ini dengan empat kekalahan berturut-turut, sementara Kemboja akan bertemu Vietnam pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan A nanti.