Luar Negara

Berapakah Jumlah Pendapatan Chinese Super League (CSL) & Dari Mana Punca Pendapatan Mereka?

guangzhou-evergrande-china-graphic-chinese_3410220

Nota Penting: Ini bukanlah pendapatan bagi kelab-kelab dalam Chinese Super League (CSL), tetapi pendapatan bagi syarikat yang menguruskan liga oleh CSL .

Dalam sebuah laporan yang diterbitkan Xin Hua News, pendapatan Chinese Super League (CSL) untuk tahun 2016 adalah dianggarkan berjumlah 1.3 billion Yuan atau $230 juta Dollar – sekitar RM1.035 billion, mengikut pengumuman rasmi selepas mesyuarat pemegang saham CSL berlangsung.

Sebahagian besar pendapatan itu adalah hasil dari hak penyiaran yang berjumlah 1 billion Yuan atau $155 juta Dollar – sekitar RM697.5 juta untuk tahun 2016. Anak syarikat kepada Ti’ao Dongli, China Sports Media, pakar dalam penyiaran acara sukan yang berpangkalan di Beijing mengumumkan telah membeli hak penyiaran CSL pada bulan Mei 2015 pada harga 8 billion Yuan atau $1.3 billion Dollar – sekitar RM5.85 billion bagi tempoh 5 tahun mulai 2016 sehingga 2020.

Syarikat ini perlu membayar kepada CSL sebanyak $155 juta Dollar setahun untuk 2 musim pertama dan $310 juta Dollar setahun untuk baki 3 tahun terakhir.

Jika dibandingkan dengan jumlah hak penyiaran pada musim 2015, CSL hanya berjaya menghasilkan sekitar 50 juta Yuan atau $7.8 juta Dollar – skitar RM35 juta sahaja.

pingan-breakout

Selain itu, ‘title sponsor’ CSL juga perlu membayar sebanyak 170 juta Yuan atau $26.3 juta Dollar – sekitar RM118 juta tidak termasuk sejumlah 250 juta Yuan atau $38.7 juta Dollar – sekitar RM174 juta dari 7  lagi ‘partner sponsor’, dimana bayarannya berbeza dari sekitar 20 juta Yuan hingga 80 juta Yuan. 2 lagi pembekal rasmi atau ‘official provider’ juga turut perlu membayar 50 juta Yuan setiap pembekal bagi musim 2015.

Dari jumlah keseluruhan diatas, 10% dari pendapatan tahunan CSL akan diberikan kepada Chinese Football Association (CFA) dan bakinya akan diberikan kepada 16 pasukan yang bertanding dalam CSL mengikut ‘allocation’ yang akan ditetapkan pada akhir musim.

 

Online Streaming Broadcasting Rights

2016-12-28_0-49-54

LeSports, sebuah syarikat peneraju sukan internet di China, juga mengumumkan ‘strategic partnership’ bersama Ti’ao Dongli, menguasai hak multimedia online CSL dengan nilai 2.7 billion Yuan atau $420 juta Dollar – sekitar RM1.89 billion, dan memiliki ‘exclusive global broadcast rights’  untuk CSL selama 5 tahun. LeSports akan menyiarkan ‘live streaming’ perlawanan CSL mulai musim 2016 di China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Amerika Syarikat, Canada, India dan Asia Tenggara.

“Untuk jangka masa panjang, kami mensasarkan untuk tergolong dalam Top 5 liga bola sepak didunia”, kata Yu Hang, Vice-President of Strategy LeSports.

“Kami melihat Major League Soccer melakukannya dengan cemerlang, CSL juga bermain dengan baik dan saya tidak melihat ada masalah untuk berada dalam Top 5 liga bola sepak dunia”.

Tahukah anda nama rasmi bagi  Chinese Super League adalah China Ping’an Chinese Super League kerana ‘title sponsor’ ditaja oleh Ping An Insurance of China.