Liga Super Malaysia Berita

Liga Super mula 8 Ogos 2025

Kalendar Liga Malaysia 2025-2026 membuka tirai pada 8 Ogos 2025 dengan perlawanan sumbangsih di antara JDT dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim yang turut dikira sebagai aksi pertama Liga Super.

Liga Super 2025-2026 dijangka akan berakhir pada 16 Mei 2026 iaitu kira-kira selama 10 bulan berbanding proses transisi Liga Malaysia selama 14 bulan pada musim lalu.

Piala FA dijadual bermula pada 15 Ogos 2025 manakala perlawanan akhir akan berlangsung pada 14 Disember 2025.

Piala Malaysia pula akan membuka tirai pada 17 Januari 2026 dan kemuncak perebutan kejuaraan pada 23 Mei 2026.

MFL Challenge Cup bermula pada 6 Februari 2026 dengan dua aksi perlawanan akhir pada 4 April 2026 dan 18 April 2026.

Bagaimanapun, pindaan jadual akan berlaku memandangkan sesi undian Kejohanan AFC Champions League Elite (ACLE) dan AFC Champions League 2 (ACL2) oleh AFC bakal diadakan pada 15 Ogos 2025 melibatkan penyertaan JDT dan Selangor.