Kuala Lumpur City memperkenalkan logo baharu bagi musim 2025-2026 dengan menggunakan warna tradisi pasukan iaitu merah dan putih.
Logo itu menggantikan logo musim lalu yang menyerupai logo yang digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Logo baharu itu bagaimanapun dikritik sesetengah pihak kerana ia menyerupai logo yang digunakan kelab Brazil, Flamengo yang menggunakan warna merah, putih dan hitam.
KL City juga menerima sumbangan RM1 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur.