Liga Super Malaysia Berita

Perdana Menteri jumpa Manchester United

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sibuk dengan Sidang ASEAN 2025 sempat meluangkan masa bersama pasukan Manchester United sempena Maybank Challenge Cup.

Beliau bertemu dengan CEO Manchester United, Omar Berrada dan pengendali pasukan, Ruben Amorim.

Pertemuan ini turut dihadiri para pemain dan pengurusan pasukan ASEAN All-Stars diketuai Ketua Jurulatih, Kim Sang Sik.

“Saya ucapkan selamat berentap buat kedua-dua pasukan yang akan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil,” kata Anwar.

“Saya masih berfikir nak sokong siapa.”

Maybank Challenge Cup antara Man United menentang ASEAN All-Stars akan berlangsung pada 8.45 malam di SNBJ esok.