Piala Malaysia Berita

Selangor tersingkir dari Piala Malaysia

Selangor tersingkir dari Piala Malaysia selepas kalah mengejut 2-1 kepada Pahang di Kelana Jaya.
Ini merupakan kekalahan pertama buat Katsuhito Kinoshi sejak dilantik sebagai jurulatih baharu Selangor.
2 gol yang dijaringkan Pahang adalah dari sepakan penalti.
Keputusan itu menyaksikan Pahang mara ke suku akhir dengan agregat 3-2.
Manuel Hidalgo menjaringkan gol dari sepakan penalti pada minit ke-25.
Selangor mengambil masa sehingga minit ke-77 untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Safuwan Baharudin.
Namun, hasrat Selangor untuk meraih kemenangan tidak kesampaian apabila sekali lagi bolos menerusi Sergio Aguero hasil sepakan penalti pada minit ke-85.
Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Pahang akan bertemu Perak di suku akhir.