Selangor kalah tipis 2-1 kepada Muangthong United dalam AFC Champions League 2 di Kelana Jaya.
Muangthong bangkit dari ketinggalan dengan 2 gol di separuh masa kedua.
Selangor mendahului seawal minit ke-5 menerusi jaringan Quentin Cheng. Kedudukan 1-0 kekal di separuh masa pertama.
Namun, Muangthong menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Felicio Brown Forbes.
Poramet Arjvirai menjaringkan gol kemenangan buat Muangthong dengan jaringan pada minit ke-76.
Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Selangor jatuh di tangga ketiga selepas meraih 7 mata daripada 5 perlawanan.
Selepas ini, Selangor akan bertemu Pahang dalam Piala Malaysia pada 1 Disember.
Selangor akan terbang ke Filipina untuk menentang Cebu bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan ACL2 pada 5 Disember ini.