Malaysia Berita

Malaysia juara Pestabola Merdeka 2024

Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lebanon 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Romel Morales muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-33, dengan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.
Ini merupakan kejuaraan kali ke-13 buat negara sejak ia diadakan pada 1957, iaitu tahun kemerdekaan negara.