Liga Super Malaysia Berita

Faisal Halim dibenarkan pulang

Selangor memaklumkan bahawa Faisal Halim telah keluar dari hospital setelah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan luka lecuran tahap empat kesan daripada simbahan asid.
Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal Halim daripada kecederaan serius ini amat luar biasa dan mejangkaui jangkaan semua pihak.
“Pihak kelab ingin mengucapkan jutaan terima kash kepada pihak Dr. Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad Kamal, Pakar Unit Plastik & Rekonstruktif, seluruh warga Avisena Specialist Hospital dan Thomson Hospital Kota Damansara yang sentiasa komited dalam memberikan penjagaan komprehensif, serta memberi sumbangan besar kepada rawatan dan pemulihan Faisal Halim.
“Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan juga kepada keluarga besar Selangor, pemimpin-pemimpin negeri dan negara, badan-badan kerajaan dan swasta, komuniti bola sepak tempatan dan antarabangsa, dan seluruh rakyat Malaysia yang telah mendoakan kesejahteraan dan memberi dorongan semangat kepada ikon bola sepak negara kesayangan kita.”
Faisal Halim kini memasuki fasa seterusnya dalam proses rawatan dan pemulihan beliau.
Selangor dan keluarga Faisal Halim memohon agar semua pihak dapat memberi ruang dan privasi untuk beliau melalui proses pemulihan ini dengan sebaiknya.