Liga Super Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe tinggalkan Selangor

Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan Selangor selepas hanya setahun dan 4 bulan bersama Red Giants.

Nidzam Jamil dilantik sebagai ketua jurulatih sementara Selangor, 3 bulan sebelum Liga Malaysia bermula pada Mei ini.

“Pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” kata kenyataan rasmi Selangor.

Selangor menjelaskan, Cheng Hoe membuat keputusan tersebut selepas mendapat tawaran dari kelab Thailand.

“Selangor dan Tan Cheng Hoe telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.

“Kelab telah dimaklumkan berkenaan keputusan Tan Cheng Hoe untuk meninggalkan Selangor bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

“Selangor juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak bellau.

“Selangor ingin berterima kash kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.”

Sejak dilantik pada September 2022, Tan Cheng Hoe telah membantu Selangor menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekali gus memastikan Selangor layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.