Liga Super Malaysia Berita

Brendan Gan tinggalkan Selangor

Selepas empat tahun beraksi, Brendan Gan membuat keputusan untuk meninggalkan Selangor.

Pengumuman itu dibuat oleh Selangor, sebaik sahaja pemain berusia 35 tahun itu pulang ke tanah air selepas beraksi di Piala Asia 2023.

Beliau beraksi 80 perlawanan dalam semua pertandingan dalam tempoh empat tahun di Selangor, menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan gol.

Dalam tempoh itu, beliau berdepan cabaran terbesar dalam kariernya apabila disahkan menghidap kanser testis namun berjaya pulih dan kembali beraksi di padang selepas setahun.

Sepanjang tempoh itu juga, beliau membantu Selangor menamatkan saingan liga di tangga ke-5 pada 2020, 2021 dan 2022 sebelum muncul naib juara liga pada 2023.

Beliau juga membantu Selangor muncul naib juara Piala Malaysia 2022.